free palestine

FREE PALESTINE

Saturday, February 13, 2010

Jangan biarkan kitab2 itu..


Assalamualaikum..

Bermula dengan Bismillahirrahmanirrahim..

kejadian maarod kutub @ pesta buku @ book fair di kaherah sudah pun berakhir..
warga azhar malaysia yg berkesempatan berkunjung ke maarod pasti bahagia melihat kitab2 milik sendiri yg telah pun disusun..
kesempatan berada di bumi kinanah ini, amat rugi jika tidak berkunjung ke maarod yg berganda2 lebih besar dpd pesta buku di PWTC..xcaya,meh dtg tgok..saya sendiri masih tidak lagi berjaya masuk kesemua dewan yg ada..

tiada siapa dapat menyangkal kepentingan membaca..namun sedarkah kita,bahawa kajian di universiti tempatan mendapati mahasiswa hanya membaca sekitar 1 buku sahaja dalam sebulan!! wajarkah situasi ini dibiarkan sampai bila-bila..di malaysia,kempen membaca di stesen2 transit aliran ringan(LRT,PUTRA) baru shj dilancarkan (boleh a rujuk mane2 surat khabar),melihatkan yg rakyat manusia memang antara golongan yg malas membaca(opss terasalah utk kebaikan sendiri),lihat sahaja di mana2 tempat awam,agak2nya berapa ramai yg akan memengang apa sahaja bahan bacaan..saya selalu perasan org2 cina shj yg akan membaca..

"kaifa ummat al-qiraah,lam taqra' "..maksudnya,kita kan ummat yg diberi wahyu ttg membaca:ayat pertama yg diturunkan kan iqra(bacalah) tetapi tidak@malas membaca..
justeru,sama2 lah kita tingkatkan bacaan masing2,jgn biarkan kitab2 di rak itu tersusun indah umpama hiasan..jadikan ia sebagai teman di jalanan..membaca mencambah minda, menjana idea..kreatifkan pembacaan seperti wat kuiz utk diri sendiri,soal rakan2 atau tulis balik ke..membaca mmg agak membosankan sebab kadang2 kita xnampak bagaimana nak aplikasikan ilmu tu,tapi xpe yakinlah yg suatu hari nanti pasti ilmu2 tersebut akan berguna yg penting BACA..

sebelum berakhir,walaupun xbyk sgt beli kitab di maarod sbb maktabah darul ehsan di rumah selangor mmg dah lengkap..rasa bahagia sebab dapat beli kitab pasal tarikh islam..mudah2an bermanfaat utk madah tarikh alam fasa 2 ni..buat pencinta sejarah,kitab ni amat tinggi nilainya,rasa seperti hidup dizaman tersebut,walaupun xbaca lagi..(yg gambar kat atas tu)..

p/s: take a book n read,to gain knowledge everyone has 2 read..everytime open up ur heart..reading is our 'wawasan'..

wassalam..

Friday, February 5, 2010

yg berbolak-balik..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Bermula dengan..Bismillahirrahmanirrahim..

Berbicara soal makhluk yg sentiasa dibolak-balikkan oleh Allah..tidak lain ‘HATI’

Hati umpama raja yg ditaati..
Hati pencetus amalan zahiri..
Hati tempat nawaitu diri..

Manusia yg mahukan kehidupan yg dipandu ilahi, perlu memiliki hati yg suci,bebas dari hasad,dengki,dendam,iri hati dan sekutunya. Hati tempat bermula nawaitu diri,tempat coretan perasaan, malah menjadi ruang monolog dalaman yg akan menentukan buruk baik amalan seseorang.

“Jangan kita zahirkan kotoran hati kita pada manusia”.pesan ustaz.

Disebalik kalam ini,kita dapati perilaku seseorang jelas membuktikan kondisi hatinya,sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Insan yg mempamerkan akhlak yg mulia menzahirkan kemuliaan hatinya,kerana hati yg baik akan mendidik kelorong kebaikan. Keadaan hati manusia adalah barang yg paling dinilai Allah. Hadis ada merakamkan:
”Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dan harta kamu,tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu”.(Musnad Imam Ahmad 7814)
Namun, berapa ramaikah yg benar2 menitik beratkan pandangan Allah dalam setiap perilakunya,
Ironinya,manusia seringkali merisaukan pandangan manusia berbanding pandangan Allah..
Seperti “kalau aku buat begini begitu,apa kata orang nanti”,jarang-jarang berbicara begini
“apakah nilaian Allah terhadap amalku ini”,atau”sesuaikah cara yg ku lakukan ini selaku muslim”.
Kita umpama melebihkan mencari kemuliaan manusia dalam kemarahan Allah,daripada mengejar kemuliaan Allah dalam kemarahan manusia. Lupakah bahawa setiap amalan manusia akan dinilai menurut timbangan akhirat?a

Persoalan menjaga hati amat penting,terutama buat kita pendukung agama Allah,cahaya ilmu tidak dapat menebusi dinding-dinding kegelapan yg dibiarkan merajai hati sanubari. Biarpun manusia tidak dapat menilai harga sebenar hati kita, hakikatnya Allah amat mengetahuinya,para penduduk langit turut menyaksikan betapa usaha kita untuk memiliki hati yg bersih. Lazimi zikrullah.kosongkan hati daripada memikirkan selain dari-Nya,kurangkan mengisi perut,serta hindari perkara2 yg mendekati maksiat. Menjadi kelompok yg dikatakan ‘nafar’ dalam jihad ilmu,tafaqquh dalam agama ,yg akan menjadi ‘inzar’ pd kaumnya pabila pulang di arena sebenar amat membutuhkan hati yg suci,nawaitu yg luhur,jiwa yg tulus serta jasad yg utuh sebagai aset utama menempuh laluan hidayah ini..Berterus-terusan lah seperti mana yg diperintahkan..

p/s: ‘wahai yg membolak-balikkan hati manusia,tetapkanlah hati kami dlm ketaatan dan ad-din mu’