free palestine

FREE PALESTINE

Tuesday, July 17, 2012

Tidakkah tuhan bersama


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Kisah 1: Masjid Al-Azhar

“Allahu akbar, Allahu akbar. Yahya Shariful Azhar”.pekikan itu bergema lagi.Semakin kuat hingga memecah menghentikan haru-biru manusia di ruang utama solat Masjid Al-Azhar Al-Syarif. 

“Darah para ulamak bukan bahan mainan! Gugur seorang seribu jiwa akan bangkit membela!!”,pekik Syeikh Abduh pemimpin gerakan pemuda Islah pada sekalian hadirin.  Tanda bentak marah dengan tindakan musuh dalam selimut yang mencuri bunuh seorang syeikh  tenaga pengajar  ruang halaqah ilmu  di masjid Al- Azhar.

“Allahu akbar , Allahu akbar !! “kalimah keramat itu dilaung lagi. Ribuan hadirin penuh semangat membuktikan kemarahan mereka terhadap tragedi itu. Semangat jihad mereka teguh tanpa rapuh.

Di suatu sudut tepi kaki lima masjid, Muaz berteleku,memerhatikan tingkah laku manusia, menyaksikan ragam hadirin. “Muaz, fikir apa tu? Buat serabut kepala je diorang ni. Orang dah pergi doakan kesejahteraan dia sudah. Nak perjuangkan apa lagi?”,ragu Umar.

Muaz tersenyum sepi. Tiada apa yang terucap. “Jom balik Umar,aku lapar lah.” Ajak Muaz .
“Haaa,aku suka idea kau. Jom.”,sengih Umar.

Mereka beredar, tanpa henti kepala Muaz memikirkan laungan semangat jihad tempikan amarah di masjid tadi. “aku mesti lakukan sesuatu”,suara kecil Muaz berbunyi. Sekilas, Muaz teringat akan pertemuannya bersama seorang doktor psikiatri ketika bercuti di Malaysia cuti musim panas yang lalu.

 “Setelah melalui proses diagnosis  sebentar tadi, saudara memiliki stress silam yang tinggi, manakala stress baru masih di tahap yang rendah. Apa yang ada dalam fikiran anda sekarang”.duga doktor cuba menyelami penyakit stress Muaz.

“Tak ada ape doktor saya stabil je.cume biasalah,stress belajar ”.Muaz cuba mengelak menjawab.
“Ye ke ni Muaz, cuba cakap dengan ummi. Ummi boleh jadi penasihat rasmi  kat anak ummi ni,”celah ummi.
"Hahaha". gelak besar doktor. "Kira puan boleh ganti tempat saya ni" tambah doktor lagi.

“masalah aku,fikiran aku,hanya tuhan yang tahu. Kerana dia sebaik-baik tempat mengadu,aku takkan susahkan ummi.”Suara hati Muaz berbisik sembunyi.

“Muaz ok ummi,ummi jangan risau tau,”seakan memberi harapan pada ummi. Wajah jernih ummi penguat sanubari, pembakar semangat Muaz untuk terus berdiri.

Selaku penuntut jurusan Sejarah Dunia Islam di Universiti Al-Azhar, Muaz berazam akan menamatkan pengajian walau sakit payah yang akan ditempuh. Cita-cita besar mahu mendedah konspirasi gila yahudi yang memadam nilai-nilai Islam dalam lipatan sejarah. Mahu mencipta sejarah atas namanya sendiri.
 Sungguh,semangat juang persis Saidina Umar yang ingin menghapuskan adat jahiliyah dalam kalangan penduduk Mekah suatu ketika dahulu.

“Ummi, Muaz nak balik. Terima Kasih doktor”,ucap Muaz. Ruangan klinik kembali sunyi.Tiada pesakit diluar menanti.

"Hoi menung apa lagi ni. Kau ni berangan je kerjanya.kata nak pergi makan tadi. Lepak kat Gad lah", lamunan Muaz terhenti. Sergahan Umar membawa Muaz kembali ke alam realiti.

"hehehe.sorry la kawan, ikut kau lah". setuju Muaz dengan cadangan Umar. Muaz memang kuat mengalah, diturut sahaja kemahuan rakan-rakannya. Baginya, mereka bahagia,dia terasa indahnya.

"Ukhwah itu macam biasiswa ilahi buat hati yang menikmati",kiriman  Umar pada dinding facebook Muaz suatu ketika seakan menyedarkan Muaz. Umar si pemain tegar permainan komputer dari pagi ke malam bukan main puitis bahasanya. Nikmat ukhwah itu sentiasa mereka rasai.