free palestine

FREE PALESTINE

Tuesday, October 11, 2011

Bicara jemari 3

Tak mampu merubah itu,
Tanpa izin yg maha satu,
Tanpa kuasa yg maha tahu.

Niat merubah itu,
Diiring akal dan jiwamu,
Kerana itu yg membantu,
Sepanjang jalan berliku.

Tiada kita sedar,
Perancang yang punya makar,
Penuh dengan onak belukar,
Yang tinggal hanya gusar.

Walhal niat yg sinar
Belum akhir jd sirna
Atas tangan yg kucar
Leka dengan nama

Manusia hanya hina
Disisi tuhannya
Yang hanya akan mulia
Jika dibimbing jiwa dan akalnya.

~bernafas dengan izin Tuhan~ RMC,IIUM.-cinta noriko-

Tuesday, September 27, 2011

Bicara jemari 2

Dengan nama Tuhanku Allah.yang memiliki atma pengasih & penyayang.

Kasih yang satu.
Cetusan lubuk nurani kalbu.
Takkan jemu mencipta padu.
Bila meredum atma perindu.

Lakaran kisah itu.
Biarkan titah tuhan dulu.
Pada jalan yang tahu.
Menilai luka dahulu.

Bukan lebihan pinta
Hanya yang mahu setia
Kerana nantikan syurga
Abadi bersama kekal sehingga.

Ceritera yg luhur
Dengan tulus dihulur
Walhal lidah kelu mengata
Hanya naluri bijak mengota

Jangan hirau luka dari manusia
Duka yang tiada hujung hentinya
Hati yang merana terlarang
Oleh lidah tak terundang

Cinta datang dari Tuhan.
Yang penuh dengan kasihan..

^_^..-cinta noriko-

Wednesday, June 15, 2011

Bicara Jemari 1

Bismillah.Ar-Rahman.Ar-Rahim.


Ilmu itu dengan guru
Bukan dari seorang penunggu,
Didatangi kerana niat yg satu,
Kejarlah ia walau berliku,
Kerana barakahnya xsiapa yg tahu,


Zaman berzaman telah berlalu,
Namun xpernah luput ditelan bayu,
Lelah nafas menelan hempedu,
Begitulah resam menuntut madu,


Biar bersusah mencari yg baru,
Untuk bekalan anak ke cucu,
Hingga seri menjadi lesu,
Agar imannya meraih laku,


Titi perlahan jangan laju-laju,
Bila dihujung ada bertemu,
Bekal banyak2 sampai sudah tepu,
Diminum manis seperti tebu,


Kerana membina sekukuh kubu,
Umpama benteng seorang pemburu.


"buru yg satu,hanya Tuhanku,yg xpernah jemu mengasihiku".


-Rabaah,Madinat Nasr,Kaherah.