RSS

yg berbolak-balik..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Bermula dengan..Bismillahirrahmanirrahim..

Berbicara soal makhluk yg sentiasa dibolak-balikkan oleh Allah..tidak lain ‘HATI’

Hati umpama raja yg ditaati..
Hati pencetus amalan zahiri..
Hati tempat nawaitu diri..

Manusia yg mahukan kehidupan yg dipandu ilahi, perlu memiliki hati yg suci,bebas dari hasad,dengki,dendam,iri hati dan sekutunya. Hati tempat bermula nawaitu diri,tempat coretan perasaan, malah menjadi ruang monolog dalaman yg akan menentukan buruk baik amalan seseorang.

“Jangan kita zahirkan kotoran hati kita pada manusia”.pesan ustaz.

Disebalik kalam ini,kita dapati perilaku seseorang jelas membuktikan kondisi hatinya,sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Insan yg mempamerkan akhlak yg mulia menzahirkan kemuliaan hatinya,kerana hati yg baik akan mendidik kelorong kebaikan. Keadaan hati manusia adalah barang yg paling dinilai Allah. Hadis ada merakamkan:
”Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dan harta kamu,tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu”.(Musnad Imam Ahmad 7814)
Namun, berapa ramaikah yg benar2 menitik beratkan pandangan Allah dalam setiap perilakunya,
Ironinya,manusia seringkali merisaukan pandangan manusia berbanding pandangan Allah..
Seperti “kalau aku buat begini begitu,apa kata orang nanti”,jarang-jarang berbicara begini
“apakah nilaian Allah terhadap amalku ini”,atau”sesuaikah cara yg ku lakukan ini selaku muslim”.
Kita umpama melebihkan mencari kemuliaan manusia dalam kemarahan Allah,daripada mengejar kemuliaan Allah dalam kemarahan manusia. Lupakah bahawa setiap amalan manusia akan dinilai menurut timbangan akhirat?a

Persoalan menjaga hati amat penting,terutama buat kita pendukung agama Allah,cahaya ilmu tidak dapat menebusi dinding-dinding kegelapan yg dibiarkan merajai hati sanubari. Biarpun manusia tidak dapat menilai harga sebenar hati kita, hakikatnya Allah amat mengetahuinya,para penduduk langit turut menyaksikan betapa usaha kita untuk memiliki hati yg bersih. Lazimi zikrullah.kosongkan hati daripada memikirkan selain dari-Nya,kurangkan mengisi perut,serta hindari perkara2 yg mendekati maksiat. Menjadi kelompok yg dikatakan ‘nafar’ dalam jihad ilmu,tafaqquh dalam agama ,yg akan menjadi ‘inzar’ pd kaumnya pabila pulang di arena sebenar amat membutuhkan hati yg suci,nawaitu yg luhur,jiwa yg tulus serta jasad yg utuh sebagai aset utama menempuh laluan hidayah ini..Berterus-terusan lah seperti mana yg diperintahkan..

p/s: ‘wahai yg membolak-balikkan hati manusia,tetapkanlah hati kami dlm ketaatan dan ad-din mu’

..respon..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..

meneliti isu baru yg menimpa ummah malaysia...

http://aljoofre.iluvislam.com
sila layari blog ini sebagai rujukan dalam memahami situasi sebenar isu ini

pandangan sisi:
..tatkala mendengar arab mesir melafazkan kesungguhan mrk dlm sesuatu dgn penggunaan
"wALLAHul azim"..seolah2 kalimah itu boleh digunakan sewenang2nya dlm berbicara..
namun,meneliti budaya mereka situasi ini sudah kelihatan sepertinormal sahaja..
..perlu difahami,kalimah Allah telah digunakan sjk berkurun oleh umat islam, agama samawi,juga agama2 lain,namun di Malaysia,kalimah Allah hanya dikhususkan pada tuhan umat islam(walaupun hakikatnya tuhan alam sejagat ini adalah Allah).
..penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian spt yg didakwa disebarkan di dlm artikel keluaran mereka seolah2 mahu menyamakan kedudukan Allah(sebagai tuhan) di sisi Islam & Kristian..hal ini amat membahayakan umat islam kerana akan menyentuh soal aqidah keesaan pd Allah..tindakan ini seolah2 mahu menimbulkan kembali usaha2 kearah IRC(inter-religion congress) yg suatu ketika dulu pernah ditimbulkan, yg mahu menyamakan kedudukan semua agama.hadis"islam itu tinggi tiada yg lebih tinggi dpd nya"..
..selaku umat islam yg prihatin, berhati2lah dan berwaspada dgn sebarang isu yg melanda ummah kini,kesucian aqidah kita perlu dipelihara oleh semua pihak bukan terhad pada golongan agamawan sahaja malah ia adalah tanggungjawab semua yg bergelar muslim,golongan yahudi dan nasrani sama sekali tidak akan menghentikan usaha mereka dalam menyelewengkan aqidah umat islam(spt yg terkandung dlm Surah Al-Baqarah)
yahudi dan nasrani itu tidak akan redha(berpuashati)selagi umat islam tidak mengikut petunjuk mereka,serangan ghuzwatul-fikr barangkali mengundang kpd ghuzwah yg lebih besar lagi dari mereka skirannya umat islam terus leka dengan alam fantasi ciptaan mereka sendiri..wALLAHualam..teruskan mengagungkan kalimah ALLAH..


p/s: nahnu qaumun a'azzana bil islam


~~mood imtihan tidak menghalangku memikirkan masalah ummah~~SALAM IKHLAS IMTIHAN~~

pasti datang..

it's start with...Bismillahirrahmanirrahim...

pemfokusan pada saat-saat akhir ini dirasakan amat butuh..
tirai IMTIHAN seperti tidak sabar2 utk berlabuh..
mafhum hadis ada merakamkan" tinggalkan apa yg meragukan pd yg tidak meragukan"..
adakah blog ini meragukan?? hanya utk saat ini..

p?s: jgn main2 dgn IMTIHAN di Al-Azhar..

doakan kejayaan bersama atas nama yg Maha Esa..amin..

wslm