free palestine

FREE PALESTINE

Tuesday, September 25, 2012

Tit.tot.bunyi.hati.

Bisikan yang hadir,
Seakan meminta kembali,
Menerjah ruang fuadi,
Terus meminta sepi.

Impian imbasan silam,
Bukan mustahil Tuhan turutkan,
Hanya memberi perlu,
Kerana hamba bukan maha tahu.

Jangan gusar dalam dilema,
Biarkan cempaka membunga bahgia,
Kerana hadirnya entah bila tiba,
Yang surut pasti pasang jua.

Rabbi yang hakikat di tabirmu,
Tersingkap siapa jua tahu,
Aku bukan ahlinya dalam itu,
Namun xhenti ku pohon restu Mu...




FAMA,Selayang.

Tuesday, July 17, 2012

Tidakkah tuhan bersama


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Kisah 1: Masjid Al-Azhar

“Allahu akbar, Allahu akbar. Yahya Shariful Azhar”.pekikan itu bergema lagi.Semakin kuat hingga memecah menghentikan haru-biru manusia di ruang utama solat Masjid Al-Azhar Al-Syarif. 

“Darah para ulamak bukan bahan mainan! Gugur seorang seribu jiwa akan bangkit membela!!”,pekik Syeikh Abduh pemimpin gerakan pemuda Islah pada sekalian hadirin.  Tanda bentak marah dengan tindakan musuh dalam selimut yang mencuri bunuh seorang syeikh  tenaga pengajar  ruang halaqah ilmu  di masjid Al- Azhar.

“Allahu akbar , Allahu akbar !! “kalimah keramat itu dilaung lagi. Ribuan hadirin penuh semangat membuktikan kemarahan mereka terhadap tragedi itu. Semangat jihad mereka teguh tanpa rapuh.

Di suatu sudut tepi kaki lima masjid, Muaz berteleku,memerhatikan tingkah laku manusia, menyaksikan ragam hadirin. “Muaz, fikir apa tu? Buat serabut kepala je diorang ni. Orang dah pergi doakan kesejahteraan dia sudah. Nak perjuangkan apa lagi?”,ragu Umar.

Muaz tersenyum sepi. Tiada apa yang terucap. “Jom balik Umar,aku lapar lah.” Ajak Muaz .
“Haaa,aku suka idea kau. Jom.”,sengih Umar.

Mereka beredar, tanpa henti kepala Muaz memikirkan laungan semangat jihad tempikan amarah di masjid tadi. “aku mesti lakukan sesuatu”,suara kecil Muaz berbunyi. Sekilas, Muaz teringat akan pertemuannya bersama seorang doktor psikiatri ketika bercuti di Malaysia cuti musim panas yang lalu.

 “Setelah melalui proses diagnosis  sebentar tadi, saudara memiliki stress silam yang tinggi, manakala stress baru masih di tahap yang rendah. Apa yang ada dalam fikiran anda sekarang”.duga doktor cuba menyelami penyakit stress Muaz.

“Tak ada ape doktor saya stabil je.cume biasalah,stress belajar ”.Muaz cuba mengelak menjawab.
“Ye ke ni Muaz, cuba cakap dengan ummi. Ummi boleh jadi penasihat rasmi  kat anak ummi ni,”celah ummi.
"Hahaha". gelak besar doktor. "Kira puan boleh ganti tempat saya ni" tambah doktor lagi.

“masalah aku,fikiran aku,hanya tuhan yang tahu. Kerana dia sebaik-baik tempat mengadu,aku takkan susahkan ummi.”Suara hati Muaz berbisik sembunyi.

“Muaz ok ummi,ummi jangan risau tau,”seakan memberi harapan pada ummi. Wajah jernih ummi penguat sanubari, pembakar semangat Muaz untuk terus berdiri.

Selaku penuntut jurusan Sejarah Dunia Islam di Universiti Al-Azhar, Muaz berazam akan menamatkan pengajian walau sakit payah yang akan ditempuh. Cita-cita besar mahu mendedah konspirasi gila yahudi yang memadam nilai-nilai Islam dalam lipatan sejarah. Mahu mencipta sejarah atas namanya sendiri.
 Sungguh,semangat juang persis Saidina Umar yang ingin menghapuskan adat jahiliyah dalam kalangan penduduk Mekah suatu ketika dahulu.

“Ummi, Muaz nak balik. Terima Kasih doktor”,ucap Muaz. Ruangan klinik kembali sunyi.Tiada pesakit diluar menanti.

"Hoi menung apa lagi ni. Kau ni berangan je kerjanya.kata nak pergi makan tadi. Lepak kat Gad lah", lamunan Muaz terhenti. Sergahan Umar membawa Muaz kembali ke alam realiti.

"hehehe.sorry la kawan, ikut kau lah". setuju Muaz dengan cadangan Umar. Muaz memang kuat mengalah, diturut sahaja kemahuan rakan-rakannya. Baginya, mereka bahagia,dia terasa indahnya.

"Ukhwah itu macam biasiswa ilahi buat hati yang menikmati",kiriman  Umar pada dinding facebook Muaz suatu ketika seakan menyedarkan Muaz. Umar si pemain tegar permainan komputer dari pagi ke malam bukan main puitis bahasanya. Nikmat ukhwah itu sentiasa mereka rasai.






              

Monday, June 25, 2012

Islam manang gadang di Mesir

Assalamualaikum.Warahmatullah.Wabarakatuh.


Hai semua.Salam Syaaban. Ramadhan xlama lagi akan menjelma.cant wait!!
Berita terkini mesir.kemenangan calon Ikhwan Muslimin Dr Mohammad Mursi.Tahniah buat mesir dan seluruh pejuang revolusi, serta sekalian yg mendoakan kemenangan ini.


Kemenangan ini saya kira sebagai hadiah istimewa buat Almarhum pelopor gerakan Ikhwan Muslimin Haraki,As-Syahid Imam  Hassan Al-Banna,pasti beliau tersenyum bahgia dialam sana.


Juga sebagai kesedaran pentingnya memilih individu muslim yg jelas akidah dan metod nya utk memimpin ummah. Ummah dah xlarat menghadap pimpinan yg pengamal rasuah, mengamalkan budaya feudalisme dan terusan jadi hamba Israel. 


Hakikatnya, sistem demokrasi bukanlah cara Islam,sbb cara Islam dengan syura. Syura pon hanya betul-betul pernah terlaksana setakat zaman Khulafa Ar-Rasyidin sahaja,zaman-zaman seterusnya Umawi,Abbasi, Ustmaniy, Fatimiy,dan lain-lain mengamalkan monarki atau pewarisan takhta. 


Adapun,prinsip perubahan yg diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin "Assolah qabla Al-Islah".berubah sebelum mengubah, teramat perlu untuk diteliti dan dikaji,lihat sahaja Konstatinople yg ditawan Sultan Muhammad 2 hanya berjaya setelah 700 tahun selepas baginda Nabi mensabdakan hadis berkaitan pembukaannya, setelah beliau meneliti hadis baginda nabi, beliau melaksanakan proses pembersihan dari peringkat bawahan hingga atasan sebelum membina tembok Rumella Hissary,sebelum melayar armada menerobos tembok keangkuhan Kaisar Rom.


Ironinya.selagi mana Mesir terikat dengan perjanjian Camp David dengan Israel, selagi itu kuasa mutlak bukan milik penguasa Mesir, walau tara mana sekali pun slogan Islam yang dicanangkan dan dijanjikan. Mesir antara 3 negara Islam yang menjalinkan hubungan dengan Israel iaitu; Mesir,Jordan dan Mauritania.


Ketundukan mereka terhadap kuasa gila dunia ini benar-benar menyeksakan rakyat lagi-lagi soal pertumbuhan ekonomi mereka. Keluhan pakcik kedai jahit belakang arma ni." aku kerja pegawai 25tahun,tapi gaji aku hanya setakat le870 je.siap tunjuk slip gaji lagi'.barang2 sume diimport,made in china,malysia,japan,orang2 kami hanya reti muzaharat angkat batu shj." ha3.kelakar juga.Kualiti gandum,buah-buahan,sayur-sayuran,material kain kat Mesir ni memang terbaik, kalau diperdagangkan secara meluas di pasaran global memang kaya raya sekalian rakyat Mesir. 


Namun apakan daya keredhaan penguasa mereka terhadap telunjuk Israel lebih diutamakan,ternyata benar seperti yg difirmankan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120.maksudnya; orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha(senang hati) kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Mafhum mukhalafah nya disini, apabila ikut cakap mereka, perjanjian perdamaian mereka,jadi maka kalian tidak akan diganggu gugat oleh mereka.Asalkan jangan laksanakan Hududullah. Huruf 'hatta' yg terkandung dalam ayat tersebut membawa maksud, sehingga yang akan membawa kepada sesuatu pada pengakhiran sesuatu perkara, kira endlast yahudi akan berusaha sedaya utk kita tunduk pd mereka lah.


Realitinya,mesir bukan negara Islam walaupun secara dominasi nya,majoriti penduduk menganuti Islam. Jika negara Islam adalah negara yang mengamalkan undang-undang mengikut syariat Islam,Hudud.Qisas,Ta'zir. Mampu atau tidak Hududullah dilaksanakan.Wallahualam.Sebab lagipun Dr.Mursi mengumumkan kabinet baru campuran antara Islam dan Kristian. Jangan dilupakan kelompok kristian Ortodoks (kuno) ni mereka lebih awal bertapak di ArdhilKinanah ni,sbb dari zaman selepas Nabi Isa Alaihissalam lagi mereka dah mula wujud dan sangat berpegang pada ajaran Kristian Ortodoks.


Jadi kemenangan ini dikira sebagai permulaan kepada kemenangan besar Islam, sbb kalo Islam dah menang kira zaman nubuwwah akan kembali, waktu tu Imam Mahdi yang akan tadbir dunia,sebelum tu akan ada proses Islah dulu. Kira mudah-mudahan situasi ini sebagai pencetus kepada siri kemenangan parti Islam di negara-negara ummat Islam selepas ini. Yakin pada Islam tu kena tebal walaupun nampak macam mustahil.
Fuhh.seraaaaam.. dunia makin tenat,akhir zaman dah ni,amal xcukup lagi, adakah ada tempat kita dlm kalangan yang akan mendapat naungan Allah diakhirat nanti?? agak-agak dapat merasa tak seteguk dua air dari telaga Kautsar. Tepuk dahi,tanya hati apa bekalan diri. Ya Allah kurniakanlah aku pembimbing kearah baitulmuslim sejati. tetibe.hahaha.


okay kawan-kawan.woah.ni bukan pemerhati politik tau,boleh je nak bidas tulisan ini.sekadar contengan dari hamba yang pacal lagi hina ini.


Pssst: Ramadhan makin hampir,jom doa banyak-banyak moga kita dapat sinaran LailatulQadr. Amiin.



























Thursday, June 14, 2012

Buroq dan teknologi


Assalamualaikum..Bismillah W Alhamdulillah.,
 Repost kembali post 2tahun yg lalu (tulisan biru & purple),tulisan hijau utk tahun ini.

Mengapa saya memilih untuk repost kembali post 2tahun yg lalu, disebabkan antara 200 hikmah Israk Mikraj, salah satu yang terpenting adalah: *Buroq adalah simbolik kepada kecanggihan teknologi kebendaan(madatan) manusia yang akan wujud. Rasulullah bukan peramal masa depan,bukan tukang tilik zaman mendatang. Namun wahyu yang dikhabarkan bukanlah dongengan. Hal ini sebagai logika betapa selain manusia perlukan kehebatan teknologi rohani dan maddi, sama sekali tidak menolak kekuatan Allah sebagai kuasa mobiliti utama. Zaman dahulu tiada kapal angkasa,satellite,jet,aircraft, akan tetapi buroq seakan membawa ide kepada masa depan bahawasanya manusia bisa menembus langit,meneroka angkasa,menerobos cakerawala secara zahiri. Hakikatnya mampukah mereka mencipta secanggih teknologi tuhan yang sekilas cahaya seditik kerdipan mata. Belum lagi ma!! Rendahkan-rendahkan diri, sedari hina insani.

Post 2tahun yang lalu.

syukur yg tiada putus buat tuhan pemilik leluasa langit dn bumi,ats nikmat iman & islam jua qadar yg disirat dilangit agar dilahir menjadi salah seorang Bangsa Malai yg mendiami tanah yg dikatakan sebagai"the promise land"..Syukr lillah..MasyaAllah..


perjalanan menaiki Buroq yg langkahnya sejauh mata memandang,sekembalinya membawa tuntutan teragung yg akan pertama kali disoal di hari tiada naungan melain naunganNya..SOLAT..umat islam hari ini,berdalih2 apabila diminta menunaikan solat,kalau 50rakaat bagaimana agaknnya?? org2 Feringgi dahulu masa zaman Neil Amstrong teringin menembusi langit pabila tahu Sirah Mikraj Rasulullah,mrk tahu ada cr utk kesana jadi mereka reka roket selaju had maksima pemikiran yg Allah kurnia pd mereka yg xsecanggih teknologi Buroq Allah..huhu..mari kita lihat kecanggihan Buroq ini: dipetik dr kitab (al-israak w al-mi'raj mukjizatu w haqaiq asrarun w fawaid) karangan Khalid Sayyid Ali-Maktabah DarusSalam..

"sbb dinamakn Buroq: cepat kilauan,pancaran,kelihatannya..telah berkata Syeikh Muhammad Al-Ghazali:
telah ditunggang (Rasulullah) Buroq kerana ia dicipta kerana langkahnya sejauh mata memandang,ia bergerak(berjalan etc.) dengan sepantas cahaya,Buroq diambil dpd kalimah Al-barq;kilat,adapun kekuatan tenaga elektrik tidak berdaya menempuh perjalanan sepantas ini,akan tetapi jisim manusia Rasulullah berupaya menempuhi perjalanan sepantas ini selaju sambaran Buroq,inilah sbb kukuh yg menjadikan ia dinamakan Buroq." teknologi Allah..masyaAllah..

"sifat Buroq: apabila turun panjang tangannya,pendek kakinya.pabila hendak naik panjang kakinya,pendek tangannya..riwayat sebut : langkah buroq sejauh mata memandang..

kata ibnu Munir: pabila melihat langit dengan dgn satu pandangan maka sejauh itu langkah Buroq(satu langkah),begitulah seterusnya hingga langit ketujuh,maka langkah Buroq hanya sebanyak 7langkah..riwayat lain: binatang itu adalah Buroq,langkahnya disokong oleh dua sayapnya..dan disebut oleh riwayat lain ttg sifat Buroq: wajahnya seperti manusia,jasadnya seperti kuda,diriannya seperti lembu jantan,panjangnya dan ekornya seperti kijang,bukan jantan bukan betina..ada juga disebut malaikat kerana tiada jantina.

.adapun hakikat Buroq spt yg dikatakn oleh Ustaz Ismail Bahjat: ia adlah binatang antara Himar dan Baghal,itulah gambaran Buroq,hakikatnya yg mengetahui adalah Allah,adapun dinamakan Buroq kerana kelajuan langkahnya.."

"bagaimana Rasulullah menunggang Buroq?.."Riwayat Abdullah ibn Mas'ud: Rasulullah mendatangi Buroq,binatang tunggangan yg telah ditunggang oleh nabi2 terdahulu,kakinya diletakkan sejauh pandangannya,maka Rasulullah menunggang akan ia..Riwayat Imam Qatadah: pabila aku(Rasulullah) hampiri nya (buroq) maka ia enggan utk ditunggang..maka jibrail alaihissalam meletakkan tangan atas rambut Buroq(rambut dileher kuda atau singa),dan berkata: tidakkah engkau malu wahai Buroq? demiAllah,tidak ada yg menunggang engkau hamba Allah sebelum Muhammad yg lebih mulia daripadanya..maka Buroq berasa malu dan menunggangkan baginda Rasulullah dgn elok sehingga berpeluh,kemudian tetap meneruskan membawa baginda..."

-end-begitulah kisah Buroq yg mentaati perintah Allah dalam rehlah Rasulullah ini..erm,teringat Bangsa Polip yg disebut RAM dalam kisah kembara Sunan..dh baca "Cinta Sufi"..huhu

saban tahun apabila meneliti Sirah Israk Mikraj ini,sy teringat sewaktu kemahsyuran zaman drama China era Fong Sai Yuk,ada drama cina petang "Journey To The West" yg mengisahkan pengembaraan manusia Dewa Monyet Sun Wukong,perjalanan darat bersama kawan2nya Dewa Babi,Dewa Lembu,menempuh pelbagai ranjau dan akhirnya naik ke langit bertemu Dewi Quanyin .. hehe..Dewa Buddha cina pon berangan-angan nak mikraj ke langit rupanya,dan dlm perjalanan mereka tu bertemu mcm2 dewa,dewa bukit la,dewa sungai,zmn sekolah rendah dulu punya la percaya kat dewa2 bila tengok cite ni,mainan aqidah tu..huh..kita umat Islam  mengimani wujudnya Malaikat Mikail(penjaga rezeki),Malaikat Maut(pencabut nyawa) dan seterusnya,kat tanah Rencong pula ada juga seorang Wali Songo yg digelar Sunan Kalijogo(penjaga sungai)..Subhanallah..Memang takaneh kalau karya drama ini diambil dari rangkaian Sirah Ummat Islam, doktorah saya seringkali berpesan "Mereka (merujuk pd barat,orientalis dan lain-lain,mengambil dari kita,bukan dari mereka.

'to see is to belive'. Apa yang dilihat itu yang dipercayai. Falsafah ini tidakmungkin sama sekali diamalkan oleh orang mukmin, sekaligus akan menggugah iman kita pada persolan alam ghaib,malakut,jabarut dan berkaitan dengannya. Contohi sahaja iman Para Sahabat dan SalafunaSoleh yang mengimani apa sahaja yang lahir dari perlakuan baginda dan keluar dari lidah baginda Rasulullah yang mulia.

apapun halnya,mengimani Israk Mikraj adalah keWAJIBan bagi setiap muslim,kita melihat bagaimana kentalnya aqidah Saidina Abu Bakr As-Siddiq(gelaran slps org yg paling percaya peristiwa Israk Mikraj tnpa ragu),jadi wajarlah utk dicontohi.bukankah baginda Rasulullah sgt merindui akan ikhwannya yg beriman pdnya diakhir zaman,marilah kita sama2 menggolongkan diri dalam kelompok itu..Salam Alaika ya habiballah!!

p/s:..dan saya pun bakal menjadi safir dibumi Israak itu..mohon doa bersama..

Sekian untuk post kali ini, tambahan 'Amul Huzni bukan semata kesedihan baginda atas kehilangan 2 insan teristimewa baginda, namun apa yang lebih baginda kesali adalah penolakan dakwah baginda semasa gerakan tabligh baginda di Thaif. Masakan baginda bersedih atas taqdir yang telah Allah tentukan. Tidak sama sekali. Waallahu A'lam.

Dibumi Bakkah bermula siri,
Gunung Tursina munajatnya berhenti,
Beit Lehem seolah menanti,
2rakaat singgahnya bukan tidak bererti,
Mikraj menuju ke Sidratul Muntaha bersemayamnya ilahi,
Ditinggal Jibril perginya sendiri,
Bertemu kekasih diruang nanti Sang Kekasih abadi..

Abbasiyah,15/Jun/2012.








Monday, June 11, 2012

Karma Dunia

Assalamualaikum.warahmatullahi wabarakatuh,


Merakam suasana sekeliling,politik,pejuang,gula-gula pilihanraya.Hanya mampu meluah pena.


Pejuang suara bangsa kata dia
Tiada julang Islam seperti modal yg lama
Bangsa merana  tak henti sudahnya
Sedang tamadun mereka berabad lamanya


Inikah petanda nya karma dunia
Ceritera lama membuka lembarannya
Yang dulunya rahsia kota lama
Diulang hatta si anak hamba


Suara betah berkata persis gagak senja
Mencari cacing kenyang
Petang hilang senang
Penat tiada sengkang


Hidup di tanah  bagai persona non grata
Dipijak tiada tapak
Dihalau tidak rasa daulat
Dihambat punah rasa sakit
Kaki berdiri bagai tembok kayu kikir
Bisa direntung namun tahannya tanpa paku alur


Usah janji bahkan kota yg haram pasti
Keluh insani bagai landak hilang duri
Menyambar pada mangsa yg sangsi
Pada taburan budi yang hanya sekerdip sisi


Suburlah buana dengan wanginya padma
Seputih tulip suci
Yang mekarnya indah seri


Teguhkan kata kita
Pada tali pengikat titah bicara Tuhan
Jangan mungkir sekali
Jangan seiring sangsi


Mungkin satria masih siaga kendiri
Dek tak sempurna titik  diri
Buangkan hakad benci
Cantaslah adat khurafat
Selongkar kudrat cipta hikayat
Leluhur bukan ukuran
Kerana mulia kita dari tuhan....




coret-coret:
sebaik-baik kalam adalah pendek dan tepat,juga
berdiam diri pula adalah pengkhianat.
Namun kejujuran adalah latihan fizikal lidah yg memakan masa dan percaya,dan
ketahuilah bicara mukmin itu dzikir dan diamnya adalah fikir.
Sedangkan penyair itu penanya adalah syouq dan lidahnya adalah dzouq.Pecah minda terobos jiwa.kalau terer lah...he3.
Wassalam.


Abbasiyah,18:26pm,11jun2012


Ma'rifatCinta-karyakuntukau-






Friday, May 25, 2012

Rasakan ia

Assalamualaikum.jom hayati ungkapan syeir ini.

Berkata Abu Al-Husen An-Nury;


Berapa banyak burung berkicau di pagi hari
Bersedih melantunkan lagu di atas ranting
Mengingatkan teman dan masa indah yang berlalu
Menangis sedih, membangkitkan kesedihanku
Tangisanku membuat ia tidak dapat tidur
Dan tangisannya pun membuatku tidak dapat tidur
Aku mengeluh tapi ia tidak memahamiku
Dan diapun mengeluh aku tidak memahaminya
Namun aku mengenalnya dengan cinta
Dan dia juga mengenalku dengan cinta....

Sekian


"hidup adalah kenikmatan, nikmat adalah kecintaan,cinta adalah ketaatan".Ma'rifatCinta.

Wednesday, May 16, 2012

Khutbah Thariq bin Ziyad : Realiti atau Fantasi



Bismillahirrahmanirrahim..Entri kali ini agak ilmiah sedikit. Selamat membaca.

Gerakan futuhat (pembukaan kota-kota) oleh tentera Muslimin suatu ketika dahulu didasari atas seruan "Al-Amru bil Makruf,wa An-Nahyu anil Munkar". Masakan seruan ini tidak menjadi penyebab utama kuasa-kuasa besar dunia akhirnya jatuh keatas tangan yg mengimani Al-Quran dan As-Sunnah. Maka tetap benar dan melangkaui zaman firman Allah dalam Surah Ar-Rum  ayat 1-5.yang diterjemah;

1.Alif Lam Mim
2.Bangsa Romawi telah dikalahkan
3.di negeri terdekat dan mereka setelah kekalahannya akan menang
4. dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah lah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang beriman.
5. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dia kehendaki. Dia Maha perkasa, Maha Penyayang.

Juga penegasan atas sabda baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bahawasanya satu ketika bangsa Rom akan dikoyakkan oleh Allah seperti mana yg mereka perlaku kan kepada risalah utusan baginda Rasul kepada mereka.

Arakian, 93hijrah yg lampau,ketumbukan tentera Islam dibawah pimpinan kesatria hamba berjiwa panglima Thariq bin Ziyad berjaya memecahkan tembok keegoan Musyrikin Romawi berbangsa Ghotic di kota Andalusia. Namun,terdapat beberapa perbincangan disebalik kesahihan khutbah(pidato) yg dituturkan oleh panglima Thariq bin Ziyad sebelum pertempuran jihad kaum muslimin. Mari kita soroti apa yg menjadi butir percanggahan dalam kalangan sejarawan. Jom....

Dari Kitab 'Ala Marafiu Al-Adab Al-Andalusi (Dr.Syafiq Abd Razak Abu Sa'dah): Thn.3 Lughah Banat 2010/2011,

Kebanyakan para pembahas ketika membicarakan soal pembukaan Andalus oleh kaum Muslimin,terhenti pada khutbah Thariq B Ziyad yang padanya ada pro dan kontra dalam menyokong atau menolak akan kesahihan khutbah ini. Penafian mereka didirikan dengan beberapa sebab tertentu sama ada faktor dalaman atau luaran.

Faktor luaran dari 3 aspek berikut (Khatib;Thariq B Ziyad,Tentera,Sumber Khutbah)

1.Adapun Thariq B Ziyad aslinya berbangsa Barbar, memeluk Islam dan dibawah jagaan Musa b Nusair,ketika mana beliau diperintahkan untuk memimpin tentera Islam,beliau hanya sempat belajar bhs arab tidak lebih dari 5tahun dan kemampuan beliau berbahasa arab diragui kerana baru shj memeluk Islam tidak lebih dari 5tahun. Sedangkan khutbah tersebut didalam bhs arab. 

(barbar disini bermaksud penduduk asal Maghrib atau Morocco,barbar juga boleh diertikan dgn sifat atau perangai sesuatu kaum cth mcm,berkelakuan spt barbar Mongol ...)

2.Tentera Islam ketika itu kebanyakan org2 Barbar,menjadikan tidak munasabah sekiranya khutbah itu didlm bhs arab.

3.Sumber sejarah zaman terawal Islam tidak menunjukkan sbrg bukti kewujudan khutbah ini,kecuali hanya didapati pada zaman terkemudian,yang ada hanya sedikit transkipsi teks dari Thariq B Ziyad oleh Abd Malik B Habib(238H) Ibn Khalkan (608-681).

(transkipsi teks khutbah hanya ditemui pd era abbasi,sdgkan khutbah tersebut dibaca pd era umawi,dan kbykn yg temui atau bincangkan oleh gol orientalis-haddastani an ustazina al-andunisi)

Faktor Dalaman:

1.Makna dan kandungan khutbah tidak menepati ciri2 ruh Islamiyah bilamana Thariq B Ziyad menaikkan semangat jihad tentera Muslimin dgn soal ghanimah(harta rampasan perang).Bagaimana mungkin Thariq mengutamakan harta dunia dari matlamat yg lebih utama iaitu syahid.

2. Terdapat didalam khutbah penggunaan kalimah 'Yunani' yg merujuk pada Al-Quth(bgsa gothic) atau Ar-rum dan kalimah al-'Urban yg digantikan dgn Barbar. 

(istilah2 tersebut Yunani,Al-Urban(jamak bagi arab).hny diguna pakai pd zaman2 terkemudian)

3.Pada khutbah tersebut tidak menunjukkan ciri2 gaya bahasa pd era Umawi,akan tetapi lebih bercirikan era Abbasi seperti sajak,badi'.dll.

Bagi mereka yg berpendapat bhw khutbah tersebut dibacakan oleh Thariq dengan hujah2 berikut:

1.Tidak ada bukti menunjukkan jangka masa antara keislaman Thariq dan arahan memimpin tentera Islam sekitar 5tahun. Adapun Thariq berasal barbar,manakala ayahnya bernama Ziyad dan datuknya Abdullah berketurunan arab.

2.Tidak menjadi masalah sekiranya khutbah tersebut didlm bhs arab,krn apabila tentera barbar mereka memeluk islam dan mempelajari bhs arab,serta tidak ada halangan jua sekiranya khutbah tersebut didlm bhs arab kemudian ditejemah dlm bhs barbar spt mana yg dilakukan oleh baginda Rasul sms m'hntar utusan ke Parsi,Rom,Mesir.

3.Tidak menjadi hairan sekiranya sumber sejarah awal Islam tidak menceritakan soal khutbah ini kerana sumber sejarah Andalus pada kurun ke-3 awal hijrah dlm,bhs,sejarah dan pemikiran dikatakan tidak smpi ke kita dan telah hilang.

4.Tidak menjadi aib utk menaikkan smgt tentera Islam dgn soal harta rampasan perang krn juga trdpt dlm Surah Al-Anfal,adapun aib skiranya mengutamakan ghanimah dari pujian pd Allah,sedangkan khutbah telah didahului dgn pujian pd Allah.

5.Penggunan kalimah Yunani,dari al-quth atau ar-rum demi memelihara keindahan sajak khutbah.

6.Penggunaan istilah al-'urban dari barbar membuktikan kesempurnaan ilmu,adapun majoriti tentera muslim ketika itu adalah Barbar.jadinya ditukar barbar-urban bagi memelihara tentera barbar bicara tentera Muslimin,sesiapa pun yg berbhs arab dikira arab.

Tambahan:
1. Dalam khutbah menunjukkan unsur berbaur ugutan spt ; didepan ada musuh,dibelakang ada lautan,kemana kalian akan lari,sedangkan,pemimpin perang Islam tidak akan menggunakan kekerasan utk menaikkan smgt tentera muslimin.

2.Diceritakan Thariq telah membakar armada perang sedangkan armada tersebut dipinjam dari Julian (pengusa Sabtah) dan harga nya mahal.

-jadinya,kewujudan nya masih dipersoalkan dan menjadi misteri Andalusia sehingga ke hari ini,nk tahu kesahihannya kena lah tanya pepasir dilautan Selat Gibraltar..:)...Wallahu Taala A'lam...Sekian.

-Sejarah adalah vitamin energi luar biasa buat para pencintanya- Wa Ma Taufiqi Illa Billah.

Bumi Andalus cukup menjadi kekesalan yg amat atas kehilangannya dari tangan umat Islam,Masakan bumi yg didiami hampir 800tahun oleh umat Islam suatu ketika dahulu,hilang lenyap di bawa ombak samudera. Ironinya,penduduk kota Spain ketika ini majoriti berdarah keturunan Muslim.Namun muslim tinggal muslim pd keturunan,hilang punca pada anak jati dan kebanggaan.

Untukmu Thariq Bin Ziyad;
"Thariq, kan ku khabarkan pd generasi muslimku akan keperwiraanmu,
 Namun pertahan ku pd tanah jajah mu xkan ku mampu,
Hanya Alhambra mu megah berdiri menunggu,
Pengunjung Muslim saudaramu membawa Al-Fatihah perindu,
Bunga Nailofar yg menyeri taman tasikmu,
Mekar bersahaja tanpa pewangi yang menyeru,
Jiwa untuk bangkit maju,
Kerana tiada gagah pembangkit soldadu,
Mereka bukan perwiramu, 
Namun aku tahu,mekar namamu satu ketika dahulu,
Benar-benar menjarah kalbu agar terus menghidu  jalan syahid  Tuhanmu....
Abbasiyah.17 Mei 2012.Ma'rifatCinta.

..Antara Andalus dan Istanbul cita2 saya adalah untuk ke Andalus. why?until today,never knows the reason..with my wholeheartedly..only a feeling and instinct....^_^..Wassalamualaikum.Warahmatullahi.Wabarakatuh.

Thursday, May 3, 2012

Bicara Jemari 5

Assalamualaikum.warahmatullahi.wabarakatuh.
Semoga sentiasa di bawah rahmat tuhan pemilik leluasa langit dan bumi,

Ia itu apa cuba teka, xsiapa tahu rasa yg ada ^_^ ;

Ia yang tiba
Bukan dengan paksa
Bila dari tuhan
Janji cipta setia

Tiada meminta
Malahan sengaja
Khabar bukan rekaan
Bahkan luahan pilihan

Biarkan ia merasa
Betapa perit derita
Tika duka menahan
 Dalam ketawa leluhan

Lalu yang dulu
Luka yang luluh
Penuh tawar pilu
Lepas ia lalu

Agar hadir makna
Pada jiwa ceria
Untuk hati suci
Luar jadi sakti

Syarat ada setia
Ikatan sendi Sang Pencinta
Kerana titah TuhanNya
Lebih abadi dari yang fana....

"Cintaku..izinkan aku tenggelam dalam cinta Tuhanku, Agar cinta kita bersatu,dengan izin Tuhanku"..

psttt: cmna boleh dpt idea ni,xtahu lah..bila ilham dari rabbani,yg seni menjadi hakiki....Amiin...^_^