free palestine

FREE PALESTINE

Monday, June 11, 2012

Karma Dunia

Assalamualaikum.warahmatullahi wabarakatuh,


Merakam suasana sekeliling,politik,pejuang,gula-gula pilihanraya.Hanya mampu meluah pena.


Pejuang suara bangsa kata dia
Tiada julang Islam seperti modal yg lama
Bangsa merana  tak henti sudahnya
Sedang tamadun mereka berabad lamanya


Inikah petanda nya karma dunia
Ceritera lama membuka lembarannya
Yang dulunya rahsia kota lama
Diulang hatta si anak hamba


Suara betah berkata persis gagak senja
Mencari cacing kenyang
Petang hilang senang
Penat tiada sengkang


Hidup di tanah  bagai persona non grata
Dipijak tiada tapak
Dihalau tidak rasa daulat
Dihambat punah rasa sakit
Kaki berdiri bagai tembok kayu kikir
Bisa direntung namun tahannya tanpa paku alur


Usah janji bahkan kota yg haram pasti
Keluh insani bagai landak hilang duri
Menyambar pada mangsa yg sangsi
Pada taburan budi yang hanya sekerdip sisi


Suburlah buana dengan wanginya padma
Seputih tulip suci
Yang mekarnya indah seri


Teguhkan kata kita
Pada tali pengikat titah bicara Tuhan
Jangan mungkir sekali
Jangan seiring sangsi


Mungkin satria masih siaga kendiri
Dek tak sempurna titik  diri
Buangkan hakad benci
Cantaslah adat khurafat
Selongkar kudrat cipta hikayat
Leluhur bukan ukuran
Kerana mulia kita dari tuhan....




coret-coret:
sebaik-baik kalam adalah pendek dan tepat,juga
berdiam diri pula adalah pengkhianat.
Namun kejujuran adalah latihan fizikal lidah yg memakan masa dan percaya,dan
ketahuilah bicara mukmin itu dzikir dan diamnya adalah fikir.
Sedangkan penyair itu penanya adalah syouq dan lidahnya adalah dzouq.Pecah minda terobos jiwa.kalau terer lah...he3.
Wassalam.


Abbasiyah,18:26pm,11jun2012


Ma'rifatCinta-karyakuntukau-






2 comments:

  1. Terbaik, nampak dah kat situ satu luahan yang ikhlas. Dan ini memang dah tak terikat dengan sistem syair arab.

    Tak tahu nak komen apa dah, bahasa tinggi sangat. :D

    ReplyDelete
  2. keranadakumelayu..xtinggi mana pon la..baru2 nk belajar tulis..mohon tunjuk komen. :)..syukran.-ainrofa-

    ReplyDelete