free palestine

FREE PALESTINE

Wednesday, December 29, 2010

where is my spirit??


Assalamualaikum...

saje2 dgr lagu dulu2,utk dpt semangat baru..
where is my spirit?? i can't find it,,slalu bg semangat,tetiba menghilang..oh..i juz found it...deep inside my heart..thanks Allah..anta ma'aya ainama kuntu...

- dari hati utk yg memiliki hati-

wslm..

Thursday, December 2, 2010

dari hati..

 Bismillah..

gantikan hati ini,agar ia kekal suci,
tautkan hati ini,agar bebunga mekar mewangi,
pandu hati ini,agar xlari niat yg disemi,
bicarakan hati ini,dari bisu yg menyepi,
satukan hati ini,dibawah redha sang hakiki,
tuntun hati ini,awasi langkah yg bersegi,
luruskan hati ini,menanti cinta sang abadi..
damaikan hati ini,dinaungan titah sang Murabbi...


p/s: Fokuskan hati ini,untuk IMTIHAN yg xlama lagi..xpenah xcuak bila muqorror dh jadi malghi...huh~~
      doa in...

wassalam..

Sunday, November 14, 2010

Limaza Arafah ??

 Bismillah Wa Alhamdulillah


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..


ZULHIJJAH..
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata..
Lagi2:
didalam sebuah Hadis Qudsi,yg mana mafhumnya; Allah subhanahu wa taala berbangga kepada para malaikat perihal hamba2nya yg sanggup berwuquf di Arafah dan memohon ampunannya..-mafhum hadis-
dihari itu jua para malaikat berbondong2 turun ke langit dunia utk membawa doa2 mukmin yg memohon pada Rabbnya..
begitulah Arafah dan fadhilatnya,moga barakah 22tahun dahulu mengiringi langkah2 dihari mendatang...
Umi..Abah..umpama nailofar yg mengharumi bumi tuhanNya..

p/s: Hakaza summitu Arfah..



Monday, November 1, 2010

AT-TA...RI...KH..



Assalamualaikum..warahmatullah


Bismillah wa Alhamdulillah..


Luasnya dunia islam.ramainya umat islam,lebarnya wilayah islam di peta dunia..
Israel sekecil biji sawi dipeta berjaya kuasai dunia sebesar durian.
Umat islam Zaman Umawi sibuk dengan jajahan sejauh Andalusia hingga ke China.
Umat Islam Zaman Andalusi Abbasiy fokus dengan keemasan ilmu dan tamadun.
Umat Islam Zaman Ayyubi pertahan Al-quds di Perang Salib
Umat Islam Zaman Fathimi gah dengan pena bangunnya Al-Azhar
Umat Islam Zaman Mamluk begitu ditakuti tentera Tatar Monggol


Umat islam Zaman Melayu Melaka pernah gemilang dgn Hukum Kanun Islamnya,
cuma belum pernah terukir Khilafah Melayu di pena sejarah kita.


Islam tidak tertegak dengan mata pedang,bahkan perang adalah jalan terakhir merungkai perdamaian,islam itu adalah (as-samhah)toleransi,(as-sulh)damai,(as-silm)sejahtera. Jua tertegak islam dgn jihad ilmu dan pena.
Salahuddin Al-Ayyubi (nama sebenar Yusuf Salahuddin) pahlawan Perang Salib 2 dan 3, digeruni lawan kerana lemah lembut dan akhlaknya, mazhar islam itu adalah akhlak seorang muslim. Jadi,untuk apa manfaat diri kita selain diikhlaskan kerana Islam..Allahumma 'ij'alna min an-nasirin..


p/s: Sejarah merupakan vitamin energi yg paling berkesan buat diri..let's read history..mudah2an dipandu ilahi dalam langkah ini..amiinn..^__^

Thursday, October 7, 2010

bicara bahasa

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Bismillah wa Alahmdulillah

Mari bicara soal bahasa,yg menghubung antara bangsa,yg mengukur akhlak penuturnya,yg menjadi pemaju tamadun manusia jua penentu kualiti generasi mendatang. Mengusai bahasa ibarat membuka jendela dunia lain atau ibarat seperti berjaya menjajah sesuatu bangsa manusia. Tutur manusia dicatatkan bermula apabila penciptaan Saidina Adam alaihissalam,yg diajar secara langsung Allah swt melalui butir yg difahami oleh baginda, nama benda2 dialam buana,yg tidak diketahui oleh para Malaikat sebelumnya,bahkan hal ini mengundang kedegilan iblis yg enggan sujud pada baginda atas kecemburuan dan keegoannya  akhirnya mencetus kemurkaan Allah hingga ke hari kiamat.


Adapun,peringkat pengembangan bahasa manusia bermula sedari kecil dengan memahami apa yg ada disekeliling mengikut apa yg dilihat melalui mata,didengar melalui  telinga,difaham melalui tingkah gaya.
Asal bahasa dikatakan berasal dari lahjah sesuatu kaum,katakan ada beribu bahasa didunia lebarkan berjuta lahjah atau dialek sesuatu bahasa,kerana yg memahami bahasa pasti kaum yg sama cuma berbeza suku-sakat.
Hakikat manusia luar akan  memahami  bahasa rasmi sesuatu negara,namun barangkali jarang2 dpt mengerti lahjah atau dialek secara jelas kerana berlaku pengubahan suku kata atau huruf bagi sesuatu perkataan.Mengapa lahjah dikatakan asal bagi suatu bahasa kerana,manusia hidup di pedalaman atau kampung lebih lama menjadi penduduk asal bg satu2 bangsa,malah lebih menjaga kualiti kehalusan serta tutur gaya bahasa. Bahkan,setelah digabungkan bahasa2 dialek pedalaman barulah menjadi satu bahasa rasmi bagi mereka.Fahamkah bicara ini?? Seperti Al-Quran yg disatukan menurut lahjah Arab Quraisy yg difahami oleh sekian bangsa arab,wlu terdapat perkataan  dari lahjah lain didalam Al-Quran...

setakat ini dulu...


p/s: saya org bahasa,bicarakan saja.andai tersilap kata....

Wednesday, September 22, 2010

Assalamualaikum semua!! Salam syawal kemenangan buat tentera Ahzab ..pohon maaf zahir batin..


Bismillah w Alhamdulillah..


Meneliti Kes Pembunuhan kejam lewat Ramadhan baru2 ini yg cukup sadis..Datuk Sosilawati Lawiya,usahawan wanita yg cukup sukses,barangkali dia menilai kegigihan Saidatina Khadijah suatu ketika dahulu yg turut membanggakan dlm empayar perniagaan. Semoga Allah luaskan tempatnya di kubur n syurga atas sifatnya yg suka menderma. Utk ikuti kes boleh lawat blog ini :
http://nurizspace.blogspot.com
 pembunuhan 'pakej' bak kata suspek seksa+bunuh+cincang+bakar+hapus bukti yg turut diupah secara 'pakej'..MasyaAllah..penyiasatan masih dlm proses menunggu keputusan DNA.tapi,sblum mrk menutup kes  meh kita renung bersama:


1) manusia hilang waras akal kerana HARTA
2)hilang belas insan kerana HARTA
3)nyawa menjadi brg mainan kerana HARTA
4)matlamat hidup manusia kerana HARTA
5) semuanya gila HARTA


"allahumma la taj'ali ad-dunia akbar hammina"
(Ya Allah,jgn jadikan dunia barang yg menjadi kesibukan utama kami)


ape barang harta ini benar2 memimpin manusia mendapat Redha-nya semata?? kalau ya,sy pon akan bersusah2 krn nya..kita xkan tahu cara sakratulmaut diri sendiri wlu amal tinggi menggunung,ape pon halnya,
manfaatkan lah harta benda yg ada atas jalan islam agar menjadi mulut di mizan akhirat..jom layan..
http://www.youtube.com/watch?v=nokNWQJP_ok


pihak polis di tanahair dikatakan antara yg terhebat didunia dlm menyelesaikan siasatan jenayah,ironinya,apabila timbul kes pembunuhan ini sekaligus membongkarkan siri2 jenayah suspek yg tidak tahu jalan pangkal siasatannya,malaysia dilihat semakin 'berjaya' menghasilkan kes2 bunuh berprofil tinggi,malah kes2 yg melibatkan individu2  yg miliki kedudukan sahaja dilihat akan digembar gemburkan dan menjadi pelaris di dada akhbar,bilakah keadilan HUDUD dan QISAS akan kita nikmati di akhir zaman ini, kita lihat lah sama2 hasilnya generasi mendatang..case closed!!


slm back to kuliah!!



p/s: mendapat perkhabaran keluarga dri tanahair benar2 mengharukan hati ini, lambaian kaabah itu bnr2 ajaib~..

Tuesday, August 24, 2010

Mengubah atau Pengubah ke Agen Perubah?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Bismillah wa 'ala millati Rasulillah wa Alhamdulillah

kesempatan yg ingin dikongsi berkenaan istilah "ubah"..

Situasi 1
agen perubah adakah seperti agen2 jualan langsung  atau"promoter" barangan di pasar raya,boleh jadi agen risikan barat macam 007 yg bertindak seperti mengubah minat pelanggan untuk membeli barangan jualan,atau juga seperti agen yg bertindak merancang misi untuk mengubah dunia.

situasi 2
seorang pereka hiasan dalaman yg tugasnya mengubah susun atur perabot rumah atau menghasilkan dekorasi luar rumah yg tugasnya tetap merubah suasana kepada tema tertentu samada kontemporari,moden dan sebagainya.

situasi 3
tugas seorang murabbi jua guru mahupun naqib/ah yg bercita2 ingin membentuk fikrah anak didikannya  bagi merubah jalan hidupnya kearah yg dituntut Allah.

tiga situasi yg berbeza namun tetap tujuan yg sama.."ubah"..

Mahasiswa agen perubah
nampak seperti satu tugas yg berat bg seorang yg bergelar siswa/si,individu yg berada di alam pendidikan universiti. Jika istilah ini diolah dengan kata "Rijal Taghyir" atau ''Belia Perubah" nampak lebih berbeza namun hakikatnya sama..sejauh mana tugas belia selaku agen perubah generasi masadepan? lihat situasi ini,mudah2an sampai apa yg ingin difahami bersama..

situasi 4
 mengubah biah(suasana) bilik @ rumah nya dari suasana yg lalai dgn hiburan kepada peka akan isu ummah,
mengubah gaya hidup yg materialistik (fikrah maadiyah) kepada berpada2 dan cukup seada,
mengubah  amalan berorentasikan barat atau sekular kepada mempraktikkan sunnah,
mengubah cara fikir yg mengejar kehidupan dunia kepada cintakan akhirat..

nampak seperti bertambah tugas individu belia itu pada ummahnya,namun biarlah ada usaha dari mengira2 akan hasilnya..koreksi potensi sendiri agar mampu mengubah ummah satu hari nanti..

p/s: dengan rahmat Ramadhan bulan pengubah..

Wassalam






























.

Saturday, August 7, 2010

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum..warahmatullah wabarakatuh..


Bismillah w Alhamdulillah..


Ramadhan kali ini pasti berbeza..sebabnya mereka2 yg terlibat dlm kehidupan Ramadhan sy tiada disisi..

Umi yg akan kejutkan sahur
Abah yg akan bawa g Solat Tarawih dimasjid yg berbeza (ikut kata sy)
Kakak yg selalu bising2 waktu nk berbuka
Adik2 yg selalu nk  beli kuih kat Bazar Ramadhan Jalan Gombak
Makcik2 geng tadarus surau Kg.Puah

Saya tetap suka biah Ramadhan di Malaysia,tukar2 juadah berbuka dgn jiran2 yg jua sedara mara kat keliling rumah,boleh ikut abah g solat subuh pg2 lepas sahur,Tazkirah mlm Tarawih d mana2 masjid bandar atau kg,berlari2 kejar saf tempat air-cond kat masjid Wilayah,kueh-mueh sedap diwaktu moreh,dan tunggu depan pokok bunga dlm rumah pd 10 akhir Ramadhan..


Pesanan Ramadhan dari sy.wlu dimana destinasi kita,jadilah perindu yg sentiasa menanti hadirnya Ramadhan dan akan menangisi akhirnya Ramadhan,mukmin sejati tidak akan membiarkan Ramadhan berlalu tanpa adanya titik permulaan atau sebagai titik istiqamah amal dirinya..Semoga Ramadhan di perlembahan nil kali ini,akan menjadikan saya dan rakan2 mengimani taqwa dalam langkah2 mendatang..Rabbana ij'alna muqima As-Solah..amin..




p/s: setahun menghilang sekarang menjelang.. Allahumma balighna Ramadhan..


Wassalam.._ratusunan_yg Ramadhan di perantauan..

Tuesday, July 6, 2010

Safir seorang Hamba..

Assalamualaikum..Bismillah W Alhamdulillah.,
 Repost kembali post 2tahun yg lalu (tulisan biru & purple),tulisan hijau utk tahun ini.


Mengapa saya memilih untuk repost kembali post 2tahun yg lalu, disebabkan antara 200 hikmah Israk Mikraj, salah satu yang terpenting adalah: *Buroq adalah simbolik kepada kecanggihan teknologi kebendaan(madatan) manusia yang akan wujud. Rasulullah bukan peramal masa depan,bukan tukang tilik zaman mendatang. Namun wahyu yang dikhabarkan bukanlah dongengan. Hal ini sebagai logika betapa selain manusia perlukan kehebatan teknologi rohani dan maddi, sama sekali tidak menolak kekuatan Allah sebagai kuasa mobiliti utama.


Post 2tahun yang lalu.


syukur yg tiada putus buat tuhan pemilik leluasa langit dn bumi,ats nikmat iman & islam jua qadar yg disirat dilangit agar dilahir menjadi salah seorang Bangsa Malai yg mendiami tanah yg dikatakan sebagai"the promise land"..Syukr lillah..MasyaAllah..




perjalanan menaiki Buroq yg langkahnya sejauh mata memandang,sekembalinya membawa tuntutan teragung yg akan pertama kali disoal di hari tiada naungan melain naunganNya..SOLAT..umat islam hari ini,berdalih2 apabila diminta menunaikan solat,kalau 50rakaat bagaimana agaknnya?? org2 Feringgi dahulu masa zaman Neil Amstrong teringin menembusi langit pabila tahu Sirah Mikraj Rasulullah,mrk tahu ada cr utk kesana jadi mereka reka roket selaju had maksima pemikiran yg Allah kurnia pd mereka yg xsecanggih teknologi Buroq Allah..huhu..mari kita lihat kecanggihan Buroq ini: dipetik dr kitab (al-israak w al-mi'raj mukjizatu w haqaiq asrarun w fawaid) karangan Khalid Sayyid Ali-Maktabah DarusSalam..

"sbb dinamakn Buroq: cepat kilauan,pancaran,kelihatannya..telah berkata Syeikh Muhammad Al-Ghazali:
telah ditunggang (Rasulullah) Buroq kerana ia dicipta kerana langkahnya sejauh mata memandang,ia bergerak(berjalan etc.) dengan sepantas cahaya,Buroq diambil dpd kalimah Al-barq;kilat,adapun kekuatan tenaga elektrik tidak berdaya menempuh perjalanan sepantas ini,akan tetapi jisim manusia Rasulullah berupaya menempuhi perjalanan sepantas ini selaju sambaran Buroq,inilah sbb kukuh yg menjadikan ia dinamakan Buroq." teknologi Allah..masyaAllah..

"sifat Buroq: apabila turun panjang tangannya,pendek kakinya.pabila hendak naik panjang kakinya,pendek tangannya..riwayat sebut : langkah buroq sejauh mata memandang..


kata ibnu Munir: pabila melihat langit dengan dgn satu pandangan maka sejauh itu langkah Buroq(satu langkah),begitulah seterusnya hingga langit ketujuh,maka langkah Buroq hanya sebanyak 7langkah..riwayat lain: binatang itu adalah Buroq,langkahnya disokong oleh dua sayapnya..dan disebut oleh riwayat lain ttg sifat Buroq: wajahnya seperti manusia,jasadnya seperti kuda,diriannya seperti lembu jantan,panjangnya dan ekornya seperti kijang,bukan jantan bukan betina..ada juga disebut malaikat kerana tiada jantina.


.adapun hakikat Buroq spt yg dikatakn oleh Ustaz Ismail Bahjat: ia adlah binatang antara Himar dan Baghal,itulah gambaran Buroq,hakikatnya yg mengetahui adalah Allah,adapun dinamakan Buroq kerana kelajuan langkahnya.."

"bagaimana Rasulullah menunggang Buroq?.."Riwayat Abdullah ibn Mas'ud: Rasulullah mendatangi Buroq,binatang tunggangan yg telah ditunggang oleh nabi2 terdahulu,kakinya diletakkan sejauh pandangannya,maka Rasulullah menunggang akan ia..Riwayat Imam Qatadah: pabila aku(Rasulullah) hampiri nya (buroq) maka ia enggan utk ditunggang..maka jibrail alaihissalam meletakkan tangan atas rambut Buroq(rambut dileher kuda atau singa),dan berkata: tidakkah engkau malu wahai Buroq? demiAllah,tidak ada yg menunggang engkau hamba Allah sebelum Muhammad yg lebih mulia daripadanya..maka Buroq berasa malu dan menunggangkan baginda Rasulullah dgn elok sehingga berpeluh,kemudian tetap meneruskan membawa baginda..."

-end-begitulah kisah Buroq yg mentaati perintah Allah dalam rehlah Rasulullah ini..erm,teringat Bangsa Polip yg disebut RAM dalam kisah kembara Sunan..dh baca "Cinta Sufi"..huhu


saban tahun apabila meneliti Sirah Israk Mikraj ini,sy teringat sewaktu kemahsyuran zaman drama China era Fong Sai Yuk,ada drama cina petang "Journey To The West" yg mengisahkan pengembaraan Dewa Monyet Sun Wukong,perjalanan darat bersama kawan2nya Dewa Babi,lg seekor xberapa ingat,menempuh pelbagai ranjau dan akhirnya naik ke langit bertemu Dewi Quanyin (agaknya kot) hehe..Dewa Buddha cina pon berangan-angan nak mikraj ke langit rupanya,dan dlm perjalanan mereka tu bertemu mcm2 dewa,dewa bukit la,dewa sungai,zmn sekolah rendah dulu punya la percaya kat dewa2 bila tengok cite ni,mainan aqidah tu..huh..kita umat Islam  mengimani wujudnya Malaikat Mikail(penjaga rezeki),Malaikat Maut(pencabut nyawa) dan seterusnya,kat tanah Rencong pula ada juga seorang Wali Songo yg digelar Sunan Kalijogo(penjaga sungai)..Subhanallah..Memang takaneh kalau karya drama ini diambil dari rangkaian Sirah Ummat Islam, doktorah saya seringkali berpesan "Mereka (merujuk pd barat,orientalis dan lain-lain,mengambil dari kita,bukan dari mereka.


'to see is to belive'. Apa yang dilihat itu yang dipercayai. Falsafah ini tidakmungkin sama sekali diamalkan oleh orang mukmin, sekaligus akan menggugah iman kita pada persolan alam ghaib,malakut,jabarut dan berkaitan dengannya. Contohi sahaja iman Para Sahabat dan SalafunaSoleh yang mengimani apa sahaja yang lahir dari perlakuan baginda dan keluar dari lidah baginda Rasulullah yang mulia.


apapun halnya,mengimani Israk Mikraj adalah keWAJIBan bagi setiap muslim,kita melihat bagaimana kentalnya aqidah Saidina Abu Bakr As-Siddiq(gelaran slps org yg paling percaya peristiwa Israk Mikraj tnpa ragu),jadi wajarlah utk dicontohi.bukankah baginda Rasulullah sgt merindui akan ikhwannya yg beriman pdnya diakhir zaman,marilah kita sama2 menggolongkan diri dalam kelompok itu..Salam Alaika ya habiballah!!


p/s:..dan saya pun bakal menjadi safir dibumi Israak itu..mohon doa bersama..


Sekian untuk post kali ini, tambahan 'Amul Huzni bukan semata kesedihan baginda atas kehilangan 2 insan teristimewa baginda, namun apa yang lebih baginda kesali adalah penolakan dakwah baginda semasa gerakan tabligh baginda di Thaif. Masakan baginda bersedih atas taqdir yang telah Allah tentukan. Tidak sama sekali. Waallahu A'lam.


Dibumi Bakkah bermula siri,
Gunung Tursina munajatnya berhenti,
Beit Lehem seolah menanti,
2rakaat singgahnya bukan tidak bererti,
Mikraj menuju ke Sidratul Muntaha bersemayamnya ilahi,
Ditinggal Jibril perginya sendiri,
Bertemu kekasih diruang nantinya Sang Kekasih abadi..


Abbasiyah,15/Jun/2012.

















Thursday, June 24, 2010

nk ikut ckp sape??

Assalamualaikum..


Bismillah w Alhamdulillah..


Jom,bc artikel yg diambil dpd www.harakahdaily.net


JUDI BAWA KECELAKAAN..
PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun  mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.
Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.
“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).
“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.
“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.
Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi  boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.
“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.

jap..ni kenyataan ex-pm Malaysia wawasan 2020..


"kalo sy jadi kerajaan,sy luluskan"...patotlah judi jd amalan rakyat malaysia xkira bangsa,
sbb zaman dr.M dulu dh dibiasakan diluluskan..ohoh..


diorang lupe agaknya,Zmn Kerajaan Melayu Melaka dahulukala mengamalkan Undang2 Islam+Hukum Kanun Melaka+Undang2 Laut yg berteraskan Quran & Sunnah..
opss,lupe plak zaman tu xde subjek PQS lg kot,buku teks PSI pon DBP xterbitkan lagi,yg ade cume kitab2 kuning ulamak silam je..huh~~


atau mereka terlupa ade ayat dlm surah Al-Baqarah,cite ttg judi sejak 1400 tahun dulu..


219: "mereka bertanya kepadamu ttg khamar(arak) dan judi,Katakanlah : pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bg manusia,tapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. dan mereka bertanya kepadamu apa yg mereka nafkahkan.Katakanlah,"Yg lebih dr keperluan.Demikianlah Allah menerangkan ayat2-Nya kepadamu supaya kamu berfikir"..(sy dpt ayat ni ms syafawi hari tu)..^__^


.nape susah pyh main judi utk  suapkan kat mulut anak2 & isteri?? rezeki Allah dimuka bumi ni kan luas..cume rajin2 usaha dan doa 
je.."allahummarzuqna min turatsil ardhi"..amin..teringat kisah seorang Kiai Indonesia yg mengusahakan pesantren dgn kegigihannya sendiri.pabila diberi cdgn agar meminta bantuan dpd pihak kerajaan dgn yakinnya dia menjawab " aku malu nk minta pd manusia dlm masa yg sama ade Allah, leluasa langit n bumi yg maha kaya"..MasyaAllah..


bilakah rakyat Malaysia akan berani men"tranformasikan" diri dpd terus dibelenggu kemaksiatan ni..


erm..skrg nk ikut ckp sape??

p/s: la taat li makhluk fi maksiat khaliq..


Wassalam..



Wednesday, June 2, 2010

..mata nasrullah?..


Assalamualaikum..

Bismillah W Alhamdulillah..




tercarik hati melihat kedajalan Israel yg menjajah kapal bantuan misi ke gaza..kapal Mavi Marmara..yg berisi bertan2 bantuan kemanusiaan ke Ghaza(tempat lahir Imam As-Syafie) kan?..yg berisi ratusan insan yg berani mati walaupun tahu risiko kematian pd bila2 masa..Subhanallah..





lagi tersentuh hati pabila mengetahui kapal Rachel Corrie kini di perairan Mediterranean yg membawa bantuan kemanusiaan ke ghaza yg dikemudi oleh rakyat2 1Malaysia masih lg istiqamah meneruskan misi mereka tersebut....aghithna ya Allah..

Ya Allah.
sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami,
kami jadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh-musuh) kami,
dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Berani,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH.
Tuhan yang menurunkan Kitab (al-Quran),
Tuhan yang menjalankan awan,
dan Tuhan yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
 
Hancurkanlah mereka..binasakanlah mereka..

titipkan doa ini kalau anda mengaku Al-Aqsa adalah milik kita!!


p/s: uslub istifham majazi gharad istibtho'..mata nasrullah?? Ala nasrullah qarib..

wassalam..



Thursday, May 27, 2010

..IMTIHAN itu UJIAN..

assalamualaikum..
bismillah w alhamdulillah..

musim imtihan akan bermula minggu depan,act,dh mula cuma yg lebih mendebarkan adalah tahriri minggu depan..dan apabila berakhirnya imtihan nanti,maka akan berakhirlah sesi pengajian utk 2009/2010 ini..~~
dan mulalah mator2 akan dipenuhi oleh mahasiswa/i..adkah sy juga terlibat?? nantikan..huhu

apa pun halnya,sedih apabila memikirkan kerajaan 1malaysia,masih meneruskan idea jahiliyah mrk utk menghalalkan lesen judi bola,jadi xhairanlah kalau dilihat generasi lewat ini semenjak era,wawasan 2020,islam hadhari dan 1Malaysia,makin rendah nilai akhlak dan moraliti nya..no wonder pet lah!!,sbbnya barangkali apa yg disuap pd mrk ialah dpd rezki yg xpasti sumber halalnya,ntah2 hasil judi tu ke..isyh2..nauzubillah..bukankah "mencari yg halal itu fardhu bg umat islam"..igt lg x iklan ubat gigi ni kat tv dulu2..hehe..la ni dunia xlama akan berakhir,dajjal pon xsbr2 nk muncul,the arrivals @ phase3 pon dh mcm2 tunjukkan bukti agar kita sume cepat2 sedar yg tiada yg akan selamatkan manusia melainkan IMAN&AMAL..so,wat r u waiting 4??..

sedikit puisi utk dihayati;

nafar ilmu itu..
tahu erti musafirnya,
jelas letak dirinya,
istiqamah amal rohnya,
setia pd titah Rasulnya,
mengimani janji Tuhannya..

~~slm study hard&smart~~doakan daku..

p/s: Allah adalah tuhan yg sama yg memberi kita NAJAH @ RASIB..bertawakallah sepenuh2nya...

wassalam

Monday, May 3, 2010

..Qalbun2 fi at-thoriq..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
Bismillah w Alhamdulillah..


Tirai Mayu sudah berlabuh..bererti tirai imtihan akan berlabuh jua..mcmana persediaan?? sama2 tingkatkan usaha..Allah tidak akan sia2kan usaha hamba yg berusaha..go,go..


belek punya belek kitab Tarikh Alam..terjumpa perkataan ini..HISBAH..huhu..unit paling penting abad ini..
masakan tidak,setiap hari ada saja berita berkenaan sikap manusia arab mesir yg berusaha utk mengganggu gugat rakyat asing(terutama Maliyzi dan Indonisi) di negara mereka ni..Mesir lah..kenapa ye?? Kalau di tanah air,kemasukan warga asing dilihat lebih berpotensi besar utk mengganggu gugat keharmonian rakyat tempat mrk berhijrah walaupun saban hari kita tetap bagi peluang utk mereka mencari rezeki di tanah air kita..Sedangkan kita disini, nak tuntut ilmu,malah,xganggu rakyat diorang pon,diorang tahu tak kemasukan warga asing di sesebuah negara akan meningkatkan taraf pertumbuhan ekonomi di negara tersebut,atas faktor pertukaran wang asing,sumber pelancongan.dan.bla bla bla..


ok..berbalik pada HISBAH tadi..teruja membaca perkataan ini..hehe..mari lihat sedikit usaha penterjemahannya..
"jawatan@khidmat hisbah diperkuatkuasakan semasa zaman  pemerintahan Amirul-Mukminin(khalifah pertama yg menggunakan gelaran ini) Saidina Umar Al-Khatab. Para Fuqaha' menggariskan bahawa tugas hisbah adalah "menyeru kepada kebaikan sekiranya jelas ditinggalkan,mencegah daripada kemungkaran sekira jelas dilakukan"sila amati kalam ini setenangnya..

Khalifah Umar Al-Khattab sendiri turun padang dalam menjalankan tugas hisbah ini.terdapat byk kisah Saidina Umar yg masyhur ttg ini..dan beliau mentitahkan bahawa ini adalah tanggungjawab seluruh umat Islam. Beliau berjalan @ turun padang utk meronda-ronda melihat rakyatnya siang & malam..saya kira perlakuan yg sama yg dilakukan oleh UNIT HISBAH PMRAM..

dan beliau mengingatkan rakyat agar berpegang teguh pada hukum2 agama dan perkara2 yg bersangkut paut dengan agama dan dunia..maka bermulalah pd zaman itu,khalifah lebih memperluaskan atau memberi pengkhususan pada kerjaya hisbah di dalam pemerintahan kerajaan Islam..Para Fuqaha' meletakkan kaedah yg lebih tersusun bagi tugasan Hisbah mengikut syarat dan bidang kuasa tertentu..macam petugas cegah maksiat jabatan agama Islam la..ini satu pengaplikasian yg efisien..mabruk2..(pdhal dah lama dah..saje bg semangat)..

dan Unit Hisbah ketika zaman itu memilki bidang kuasa utk mencegah perkara2 mungkar yg dilakukan secara jelas @ terang2an..kuasa ini seolah2 seperti pemerintah,akan tetapi bidang kuasa ini dalam masa yg sama  lebih kepada memberi didikan atau nasihat kepada sesiapa yg melakukan maksiat secara terang2an atau yg terkeluar daripada perkara kebiasaan manusia..adapun Unit Hisbah ini dipertanggungjawab terhadap peraturan awam di jalan2 dan pasar2 malah tugasan ini dikira sangat penting,dan masa kini, keseinambungannya diaplikasikan sebagai penjawat awam yg diberi gelaran POLIS..la ni, kredibiliti Polis DiRaja Malaysia kian tergugat dek beberapa kes berprofil tinggi di Malaysia..huh..nak jdi macam FBI @ CIA kat US ke?? huhu..sgt kejam..tulisan biru yg terakhir tadi,setakat itulah terjemahannya serba sedikit..saya budak baru belajar..penting jugak yg x muqarrar ni kan..


Buat sekian masyarakat akhawat jua ikhwah Al-Azhar,patuhilah pimpinan HISBAH  PMRAM yg ada,utk kesejahteraan sejagat juga..malah boleh bantu sama2 utk kemaslahatan umat Islam bersama jua kan..sama2 berhati2 dalam setiap langkah anda..umi saya penah pesan "nanti kat sana nak lintas jalan naik jejantas tau..hehe..aisey,tiang jejantas pon, xnampak batang umi..hakikatnya.."kalam ijaz yg membawa maksud berhati2 menempuh ranjau kehidupan wahai anakku..noted!!








Wassalam...