Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Bismillah wa 'ala millati Rasulillah wa Alhamdulillah
kesempatan yg ingin dikongsi berkenaan istilah "ubah"..
Situasi 1
agen perubah adakah seperti agen2 jualan langsung atau"promoter" barangan di pasar raya,boleh jadi agen risikan barat macam 007 yg bertindak seperti mengubah minat pelanggan untuk membeli barangan jualan,atau juga seperti agen yg bertindak merancang misi untuk mengubah dunia.
situasi 2
seorang pereka hiasan dalaman yg tugasnya mengubah susun atur perabot rumah atau menghasilkan dekorasi luar rumah yg tugasnya tetap merubah suasana kepada tema tertentu samada kontemporari,moden dan sebagainya.
situasi 3
tugas seorang murabbi jua guru mahupun naqib/ah yg bercita2 ingin membentuk fikrah anak didikannya bagi merubah jalan hidupnya kearah yg dituntut Allah.
tiga situasi yg berbeza namun tetap tujuan yg sama.."ubah"..
Mahasiswa agen perubah
nampak seperti satu tugas yg berat bg seorang yg bergelar siswa/si,individu yg berada di alam pendidikan universiti. Jika istilah ini diolah dengan kata "Rijal Taghyir" atau ''Belia Perubah" nampak lebih berbeza namun hakikatnya sama..sejauh mana tugas belia selaku agen perubah generasi masadepan? lihat situasi ini,mudah2an sampai apa yg ingin difahami bersama..
situasi 4
mengubah biah(suasana) bilik @ rumah nya dari suasana yg lalai dgn hiburan kepada peka akan isu ummah,
mengubah gaya hidup yg materialistik (fikrah maadiyah) kepada berpada2 dan cukup seada,
mengubah amalan berorentasikan barat atau sekular kepada mempraktikkan sunnah,
mengubah cara fikir yg mengejar kehidupan dunia kepada cintakan akhirat..
nampak seperti bertambah tugas individu belia itu pada ummahnya,namun biarlah ada usaha dari mengira2 akan hasilnya..koreksi potensi sendiri agar mampu mengubah ummah satu hari nanti..
p/s: dengan rahmat Ramadhan bulan pengubah..
Wassalam
.
No comments:
Post a Comment