free palestine

FREE PALESTINE

Tuesday, December 15, 2009

pasti datang..

it's start with...Bismillahirrahmanirrahim...

pemfokusan pada saat-saat akhir ini dirasakan amat butuh..
tirai IMTIHAN seperti tidak sabar2 utk berlabuh..
mafhum hadis ada merakamkan" tinggalkan apa yg meragukan pd yg tidak meragukan"..
adakah blog ini meragukan?? hanya utk saat ini..

p?s: jgn main2 dgn IMTIHAN di Al-Azhar..

doakan kejayaan bersama atas nama yg Maha Esa..amin..

wslm

Monday, November 2, 2009

sambungan kembara..

assalamualaikum..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..

penerusan proses kembara ilmu di bumi khazanah ilmu bakal diteruskan..huh..
tempoh percutian yg agak lama berbanding institusi pengajian tinggi lain sudah sampai ke titik noktah..
sekembalian ke Kuala Lumpur sebagai lorongan untuk menyuntik kembali (refresh) semangat baru pd jiwa mahasiswa mahupun mahasiswi yg turut pulang..kita sememangnya amat membutuhkan semangat2 baru utk kembali ke arena perjuangan ilmu,arena yg tidak mengenal erti kepayahan,keletihan,kegusaran mahupun keluhan putus asa..dewasa ini,kita menyaksikan ketandusan moralisasi umat seagama,sebangsa mahupun seperjuangan yg kian jauh dari nilai tuntutan keabadian Rabbi..dek kerana terleka diarus hedonisme barat yg amat tajam membunuh jiwa2 yg setia mencari kebebasan tanpa batasan agama..tugas siapakah untuk memperbaiki nilai moraliti ini,pastinya jiwa2 muda yg masih segar dalam dunia perjuangan ini..jiwa2 yg jelas fikrah dan terpancar tarbiyah dlm diri mahupun zahiri..jiwa yg mahukan kehidupan beragama sebagai panduan utama rehlah duniawi ini..dan selaku semangat baru ini,relakanlah apa jua tribulasi mendatang sebagai zaitun dlm mskn kembara ini..


p/s: pemburu ilmu tak kira erti jemu...

wslm

-kumencariyghakiki-3nov2009-

Wednesday, October 28, 2009

jambatan 1Malaysia..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..

apabila tiba pimpinan baru,pelbagai slogan dan kempen yg mula dinamakan dan dicanangkan..
kini gelombang 1Malaysia,melanda negara sehingga perkheman turut dinamakan "Perkhemahan 1Malaysia"..macam2 perangai pimpinan ini,yg pasti dek kerana rakus merealisasikan hasrat atas nama 1Malaysia itu,kanak2 sekolah rendah menjadi mangsa "jambatan segera 1Malaysia "dibawa arus deras Sg.Kampar,Perak..alasan biasa yg akan diberi sudah ajal ketentuan ilahi..namun,tiada siapa mahu mencipta kemalangan bukan..
katakan..umpamakan..jambatan segera ini mcm kerajaan yg dibina tanpa asas yg kukuh,bertapak di tepian sungai deras,menantikan goyahan yg bakal meruntuhkannya bila2 masa sahaja..dan apabila runtuh,mulalah masing2 mencari punca dan resolusi bagi membaiki keadaan,menyaman pihak itu dan ini,kenapa tidak dipastikan aspek keselamatan,struktur tanah,risiko kemalangan sebelum dibina??
secara logikalnya,pembinaan sebatang jambatan gantung pasti akan dilengkapi ciri2 keselamatan ,besi cerucuk yg mapan,jaring keselamatan,mendapat kelulusan pihak JKR tempatan dan sebagainya,namun akibat kecuaian kontraktor upahan 3nyawa terkorban dibawa arus sungai..
seperkara yg ingin disentuh,apakah relevannya kem ini diadakan adakah masih dengan isu yg sama,meniup semangat nasionalisme yg xsudah2..jika kewujudan kem2 seperti ini demi membina jati diri ummah yg cintakan agama,memili kekuatan fizikal,daya juang yg tinggi atas tiket memperjuangkan agama boleh jadi ianya satu pelaburan yg cukup matang,namun masakan pihak kerajaan berupaya melaksanakanya..
mungkin juga kem2 ini tidak menitik beratkan 3elemen yg disebut dlm hadis Nabi,ajarilah anakmu,menunggang kuda,memanah dan berenang..ya,berenang!! boleh jadi mereka pasti terselamat..wallahualam


p/s: Bajet 2010 mempertaruhkan pelaburan yg besar kpd institusi pendidikan terutama belia(pengundi besar dlm PR)..kita nantikannya..adakah ruang buat kita??


-kuMencariYgHakiki-29okt209

Sunday, October 25, 2009

..aplikasi cinta..


it's start with..Bismillahhirrahmaniirahim..


"Cinta itu kalau bahasanya hati..itulah cinta hakiki"


ungkapkan apa shj tentang cinta..semua yg indah2 belaka kan..

era ini,muda-mudi mula mengorak langkah awal untuk berusaha menyusun langkah proses pembinaan 'masjid' mereka,kalau bersendi syarak beriya orang tua,teruskan sahaja langkahnya apa ditunggu lagi..pedulikan sahaja kata2 mereka diluar sana..jiwa mereka kurang mengerti bahasa empunya diri..huhu

tahniah buat pasangan2 perintis baru bait muslim:

1.Fathiah bt Mutalib & Amirul (kedua2nya KAGAT) : 17OKTOBER2009
2.kak Siti Sairuh bt Abdullah & Wan Suhailan
3.kak Fatin bt Khairollah & Hairullah Hassim (pasangan warga Azhar):24okt2009
4.kak Amirah & Ridhwan (pasangan warga Azhar):25okt2009

pasangan2 ini sebagai lambang junjungnya mereka pd syariat islam,teguhnya dirian mereka dalam satuan lafaz nikah..barakkalllah fi kum..

apa pun, luahan rasa hati betapa pentingnya aplikasi cinta manusia ini harus melalui jalan syarak yg tidak dibejati unsur tidak bermoral malahan tetap dengan cita2 membina institusi bait muslim..
disini ingin berkongsi kepada kaum hawa yg bakal atau telah melalui ranjau bahtera rumahtangga..
dipetik melaui buku (La Tahzan:Khas utk muslimah bijak bestari)

1.Membantu suaminya untuk taat pada Allah swt.
Pada suatu malam,isteri kepada Habib Al-A'jami berkata kepada suaminya-Amrah terbangun sedangkan suaminya tidur dengan nyenyaknya..
"bangunlah wahai suamiku,malam telah pergi dan pagi akan menjelang,di depanmu terdapat jalan yang panjang dengan bekal yg sedikit,kasihilah orang-orang yg soleh yg telah mendahului kita,sedangkan kita masih tidak mempunyai amalan yg banyak.."

sangat indah untuk diteladani bukan...will be continue..panjang adalah bosan..

p/s: skrip pinjaman..
suami: isteri org ada intan berlian
isteri: isteri abang ada abang...

pergh..cube minta ibubapa anda ungkapkan..boleh ke?? try me..huhu..wslm

-kumencariyghakiki-25okt2009-



Monday, October 19, 2009

kerana kucing..


it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..


berita metro hari ini.."kereta meletup elak kucing melintas",3 rakan rentung..


usai memliki lesen 'L' sedang mempelajari teknik dan langkah terhemat memandu..

berita ini cukup mendebarkan buat sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dengan dunia stereng,clutch,brek,pedal pemecut dan saudara-maranya..

barangkali jarang sekali kedapatan pemandu seperti ini yang sanggup mengelak hanya seekor kucing di jalanan,malah x mustahil kebanyakan kucing menamatkan riwayatnya di atas jalanan kerana sikap pemandu yang melupai segala etika-etika pemanduan ketika mengikuti kursus KPP mereka dahulu kala..teringat kata-kata salah seorang pak cik ketika kelas mengenali enjin 2minggu lepas.."sebaiknya tidak mengelak ketika menghadapi sebarang risiko kemalangan,kerana kemungkinan bahaya lebih tinggi"..erm,nanti minta abah jelaskan semula.

Saban tahun kemalangan di jalan raya malaysia kian meningkat,walaupun kualiti jalan raya di malaysia antara yg tercanggih,namun kita turut antara yg menjuarai kadar kemalangan tertinggi dunia..semua ini adalah akibat sikap pemanduan rakyat malaysia sendiri,sedarkah kita sikap mementingkan diri dan tidak bertolak ansur mengundang risiko utama kemalangan..

pelaburan kerajaan mencanangkan pelbagai slogan dan kempen jalanraya hanya diundang sepi oleh sebilangan rakyat,jika dibandingkan dengan cara memandu rakyat di kota Kaherah,nampak seperti lebih dahsyat,tidak berdisiplin dan macam jalan atok diorang..dek kerana jarang sekali melihat drift haram atau remp-it jalanan disana,membuatkan rasa keselesaan kerana keprihatinan pemandu terhadap pejalan kaki serta golongan yg kurang upaya yg turut menjadi pengguna setia jalanraya..mungkinkah peraturan atau disiplin terlampau jalanraya tidak mampu menghasilkan pemandu yg berkualiti dan berhemah(jgn gtau jpj tau)..mari fikirkan bersama..
p/s: sedang menanti karya baru ramlee awang murshid "9nyawa" katanya..kucing ada 9nyawa..
-kumencariyghakiki-19okt2009-

Saturday, October 10, 2009

..air mata org kampuang..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim

Padang tempat orang minang kan..saya juga org minang suku Mandailiang dari Bukit Tinggi tidak jauh daripada Pariaman,Padang,Sumatera Barat...kejadian alam yg berlaku 30september lalu cukup menyayat hati kami seisi keluarga..walaupun kampuang kami tidak terlibat secara sadis,namun melihat ujian pemergian permata hati,kemendapan tanah pusaka,keranapan bumbung berlindung cukup menyatakan bahawa org minang ini lah hamba Allah yg layak menerima ujian seperti ini..bygkan kalo Padang permainan belakang rumah kita? atau Padang tempat letak kereta ayah kita? atau Padang sekolah tempat adik2 kita sedang bersukan? atau kedai makan selera Padang Takana Juo tempat sedang kita menikmati lauk tgh hari? agak2 apa yg sempat kita lakukan dlm hanya masa seminit(tempoh kejadian berlaku)..dan tetibe tenggelam 20meter dlm tanah..i've no words..



Lantas org2 minang ini benar2 dalam golongan yg disebut dlm Firman-Nya,Al-Baqarah:155
"dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah2an.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 yg sabar"..


maka..syukurilah nikmat sementara kurniaan Allah pada kita..


"sadang kayu di rimbo tak samo tinggi,kok kunun manusia"


-kumencariyghakiki-12okt2009-



Friday, October 2, 2009

..HIDAYAH..hadiah? @ kompas?

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..


mengumpamakan hidayah seperti hadiah sangat indah kan..sume manusia pasti gembira apabila terima ape2 hadiah walau dpd yg xdikenali..
namun hadiah dpd Allah lagilah tersangat istimewa..kata orang "hidayah umpama kompas kehidupan"..camner pulak ye...
jika diteliti konsep menganugerahi atau menghadiahi pasti disebabkan oleh sesuatu sebab yang rasional samada atas nama usaha,kasihsayang,penghargaan dan seumpamanya..maka keseinambungan antara dua konsep ni=hidayah yg merupakan hadiah Allah,selaku kompas(petunjuk) dalam hidup..very simple!!
tapi milik sape hidayah ni???

mari teliti Firman Allah,Surah al-ankabut(69:29);
"dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan kami (Allah) nescaya kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami"...muga peroleh nusrah-Nya...amin..

NO PAIN NO GAIN!!
setelah berusaha kemanisan dirasa..janji Allah pada insan yg sudi untuk bermujahadah dalam memperoleh hidayah nye..macam anugerah DEKAN...mane2 siswazah yg sungguh2 utk capai pointer yg melepasi tahap tertentu,normally 3.5 keatas boleh dpt DEKAN kan..jadi,logik tak?? sape2 yg sanggup bermujahadah(sungguh2) utk dapat hidayah Allah pasti akan dapat..Allah xkan sia2 kan usaha hambanya..

pabila disentuh soal hidayah mesti akan terbayang soal2 agama sahaja..nanti dulu..check it out:


1.Hidayah Tabii
hidayah semulajadi,macam tangisan,proses pernafasan,dll..macam ilham semulajadi berdasarkan situasi..
sunnatullah kurniaan Allah kepada sume makhluk,bukan istimewa sekadar 'basic instinct'


2.Hidayah Hawasi
hidayah pancaindera..mata untuk melihat,hidung untuk menghidu,telinga untuk mendengar,lidah untuk merasa,tangan untuk merasa..ade tambahan?? mungkin..the sixth sense..sumenye kurniaan Allah jua kan..


3.Hidayah Akal
hanya milik manusia..tidak pada haiwan atau tumbuhan..akal untuk menganalisa,mengasah daya kreativiti,inovasi dan potensi diri bahkan untuk alam sejagat..100billion sel nueron (sel saraf) yang beroperasi dalam akal berupaya mengatasi kecanggihan komputer..yg pasti ianya jua ciptaan Allah..


4.Hidayah Agama(Islam)
bagi none-muslim jua atas pilihan Allah buat yg mencari kebenaran islam..4billion manusia didunia hanya 1 daripada 3 orang yg beragama islam..sangat bersyukur pada yg dilahirkan islam..milik Allah jualah hidayah ini..


5.Hidayah Taufik
bukan sume muslim peroleh hidayah..malah ada yg dengan bangganye tidak pernah memohon hidayahNya..mungkin terlupa kot..ini peringkat hidayah tertinggi,bakal peroleh apabila benar2 tindakan kita diredhaiNya..masakan kompas yg baru diperoleh boleh digunakan tanpa tahu cara menggunakannya..jadi kenalah terima kasih awal2 pada pemberinya dulu..baru berkat..


oleh yang berikut hidayah adalah hadiah yg mana kegunaannya sebagai kompas menyelusuri kembara mujahadah dunia ini...


"PAY NOW,PLAY LATER"..


wassalam..-kumencariyghakiki-2okt2009-

Thursday, September 17, 2009

we did it..alfu mabruk!!

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim...

ya!! alfu mabruk buat sume yg berjaya menempuh purnama ramadhan...
dan bakal menerima hadiah kemenangan syawal..u deserve it guys..
bak kata dora the explorer(si pengembara) we did it!! we did it!!
kita jua telah melalui proses kembara ramadhan kan..alhamdulillah..

kullu 'am w antum bikhair..eid mubarak..

wslm...


salamperantaudariwargakota~~kumencariyghakiki~~18sept2009~~

Friday, September 11, 2009

11 sept..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim...


11 sept 2001...8tahun lalu,New York City ditangisi air mata darah atas kemusnahan kebanggaan rakyat AS,World Trade Centre dan Pentagon..
manakala umat islam seluruh dunia diselubungi kegalauan akibat tuduhan x berasas,terroris
ekstremis,etc..malah sehingga kini trauma masyarakat dunia terhadap ummat islam masih lagi berbekas..buktinya pada Julai lalu seorang muslimah Marwa As-Sharbini dibunuh kejam oelh seorang lelaki disebabkan oleh islamphobia..ya mu'tasim!!


namun sehingga kini Osama b Laden yang didakwa sebagai dalang tragedi ini masih lagi menjadi buruan FBI,CIA,Interpol seluruh dunia..malah beliau dengan langkah berani berusaha memperkasakan misi-misi jihad rangkaian AL-Qaeda diseluruh dunia..
AS kononnya dikatakan memiliki teknologi tercanggih abad ini hanya mampu menggigit jari apabila setiap kali Osama b Laden mengirim video2 berbentuk ancaman halus kepada dunia..mungkinkah Osama seorang wali Allah..nobody knows...



Delima Buluh Runcing

situasi 1"Alhamdulillah buk,akhirnya suami saya udah miliki i/c biru...kini sudah jadi penduduk tetap malaysia..setelah 12 tahun kami disini amat membutuhkannya(taraf kewarganegaraan).."luah tante indonesia belakang rumah..menurut beliau kini kerajaan malaysia sudah membuka semula ruang permohonan kerakyatan kepada warga asing utk meramaikan orang melayu,kerana menurutnya lagi kini warga cina(penduduk asal negara cina yg berhijrah kesini mendapat kerakyatan malaysia) sudah mula membanjiri malaysia...nanti kaji sama2 ...
Ya,kita mengalu2kan siapa saja yg mahu mencari rezeki di malaysia bumi bertuah ini

situasi2permintaan terhadap kenaikan gaji pembantu rumah warga indonesia sebanyak rm800(taraf gaji diploma nih)..kerajaan malaysia minta buat rundingan bersama..umum mengetahui para majikan akan menyediakan tempat tinggal yg selesa serta menanggung makan minum pembantu rumah mereka,malahan tidak ketinggalan membawa mereka ke tempat percutian(sekiranya perlu,tapi dapat bercuti free apa)..apakah masih tidak berbaloi lagi..sedangkan mereka dtg bekerja tanpa memiliki sebarang kelayakan profesional...ya! kita tetap bagi muka pada mereka!!

situasi3kian hari ratusan warga asing masih lagi mencuba nasib memasuki negara kita secara haram samada laluan laut mahupun darat...walaupun membahayakan nyawa sendiri..jenayah melibatkan warga asing ini terus berleluasa sebab mereka ni amat berani..saban tahun pabila menjelang cuti umum ribuan warga asing menjadikan KLCC,jalan TAR,mydin wholesale sebagai pusat reunion mereka..ya!! kita hanya mampu melihat..

tapi..apa yang kita dapat..BULUH RUNCING..hanya kerana kata mereka kita meniru satu tarian kebudayaan mereka..mereka menyerang dengan 'sweeping malaysia'..inilah hadiah hari raya yang kita terima atas keikhlasan kita selama ini..apa mereka sudah lupa kita ini kan serumpun..

10 akhir ramadhan

tabir ramadhan kian berlabuh..bagaimana dengan tadarus? qiamullail dan amal2 lain..benarkah kita menghargai kesempatan yang Allah kurnia kali ini..masih lagi punya waktu untuk kita sama2 rebuti malam al-qadr,malam dimana kaki langit dunia dijunjungi para malaikat,memburu para hamba yang meyakini benarnya janji tuhannya..jom buru malam 7 likur~~

11sept2009-kuMencariYangHakiki-


Monday, September 7, 2009

Budaya kita...

it's start with...Bismillahirrahmanirrahim...

Saban hari...zikir yg menjadi titipan utama dj era
"era..rentak muzik terkini"...
atau penyampai frekuensi 97.6fm
"lebih hangat daripada biasa..hotfm"..
agaknya sehari bape kali mereka tuturkan kalimah tu kan..

lupakah mereka pada firman Allah yg mana mafhumnya
"hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."

apabila buka dada akhbar..Harian Metro
"Nana mohon sah cerai'...cerita artis cerai berai lagi..ataupun
"Diana,Farid Kamil bercinta?"..kisah cinta palsu artis baru dgn senior plak...
aduss..bosannye...wartawan malaysia dah takde isu lain ke...
blom lagi kes jenayah yang umpama tumor dalam masyarakat..
skrg ni plak..kes jenayah bunuh melibatkan mat gian,semakin berleluasa...sgt merbahaya...
mat gian bukan sahaja bahayakan diri sendiri..bahkan mengancam nyawa ummah...isyh2

Realiti Budaya kita

disebut dalam hadis ttg bahaya penyakit Al-Wahn(cinta dunia n takutkan mati)
cuba kalo dtg penyakit baru yg menimpa dunia mcm SARS dan kini H1N1...sume mesti cuak kan..lagi2 org barat..bak kata sorang ni "ala org putih tu takut sgt mati"...pelbagai pencegahan dilakukan sampai kadang tu habis berbilion2 ringgit..btul "prevention is important than cure"
tapi...bukankah waba' dan penyakit tu datang sebagai amaran dari langit..kite sume lupa kan..

ok..skrg budaya cinta dunia..hari2 mesti ade rancangan hiburan kan kt malaysia...buka je apa2 stesen tv pon..mesti ada punye.rtm(ni channel gol. veteran nye) dgn "bintang rtm" nye..
tv3 dgn "mentor" nye..tv8 dgn "1in a million" dan tv9 kini dgn "pencarian gadis melayu"..huhu
sume nk jadi famous...ni lah budaya kita..mcm lah industri hiburan ni je periuk nasi yg sgt beruntung..

Agaknya bila ye budaya ilmu "biah ilmiah" akan wujud dalam masyarakat kita,
bilakah dada akhbar akan jadikan fokus utama "belia perlu terokai bidang ilmu"..kan akhbar ni umpama mentaliti masyarakat..
ataupun stesen tv wat program realiti "pencarian pakar tafsir al-quran"....
kan siaran tv ni umpama gaya hidup ummah..
ok soalan ni..boleh tanya pada Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan..
panjangnya nama.....tapi sebelum tu..tanya dulu apa usaha kita pada org kampung kita ya??
tepuk dada,buka minda...

wallahua'lam..wslm
ku mencari yang hakiki-7sept2009-


Friday, September 4, 2009

Qamar Bani Hashim


it's start with..Bismillahirrahmanirrahim...

saksikan drama bersiri arab Qamar Bani Hashim....di channel astro oasis 106,setiap hari 6.00-7.00petang,siaran ulangan 11.30-12.30mlm..
siapa dia Qamar Bani Hashim(purnama bagi bani hashim)??
tentulah baginda Rasulullah s.a.w..insan yg dinanti-nanti penduduk langit dan bumi..pembawa
risalah keamanan sejagat..penyuluh kegelapan alam...
saban hari kita membaca pelbagai buku seerah Nabi Muhammad,samada buku koleksi individu mahupun silibus usrah...antara yg menjadi rujukan umum (sirah nabawiyah durus wal ibar,nurul yaqin,fiqh sirah,)dan pelbagai lagi samada kitab turath(manuskrip lama) mahupun muasarah (kontemporari)...namun sehingga kini,kita masih lagi belum menguasai sepenuhnya kan...xcaya cube buat kuiz sirah mesti ade soalan yg kantoi..huhuhu...xpe lah,walau ape pon jgn sesekali kita biarkan buku2 sirah nabawi ini terbiar tanpa diulang baca...jadi sebagai alternatif untuk lebih menjiwai sirah ni bolehlah same2 tonton drama bersiri arab ini..sambil2 isi masa lapang dibulan sejuta rahmat ini...
opss....tonton bukan sekadar tonton..ingat sirah bukan sekadar untuk dihayati bahkan untuk diteladani..wslm

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan...bukan bulan biasa...

Ramdhan tiba lagi..bukan bulan biasa..mencari perindu syurga,memburu penagih rahmat tuhanNya,menanti rintihan hamba2 yg mengimani benarnya janji tuhanNya..


it's start with...Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa nak tergelak sebenarnya,malam 1st Ramadhan di malaysia,apabila makmum kanak2 lelaki baca Al-Fatihah (secara beramai-ramai) setiap ayat lepas pak imam baca,yg kadarnya boleh didengari semua jemaah surau..sangat bersemangat kan??
apa pun ini bukti kesungguhan,kecekalan mereka mengagungkan bulan 1000 rahmat ini..apabila ditanya,ada antara mereka yg xsolat isyak pun..bg mereka..tarawih lg penting..haisyh..mcm tu pulak..mane boleh itu mcm dik.ape2 pon smoga adik2 menjadi pembela agama Allah dimasa hadapan..amin

Ramadhan kali ini dianggap detik istimewa bagi seluruh rakyat 1Malaysia..kerana apa??
31 0g0s..jatuh dalam bulan ini..hari merdeka...xperlu bicarakan disini soal bangsa melayu ISLAM yg terlampau merdeka pada hari ini...takrif ikut kacamata mereka merdeka itu bebas...
"Merdeka pada agama...
"Merdeka pada hiburan..
"Merdeka pada politik...
"Merdeka pada aurat..
"Merdeka pada minum arak,hisap dadah..etc..
merdeka ikut suka hati mereka...sampai hilang jati diri,nilai agama,tolak islam sebagai cara hidup...

apa yg penting disini..turunnya Al-Quran dalam bulan ini sebagai penyatu seluruh tamadun kehidupan manusia..bukan sahaja 1malaysia..bahkan..1dunia...1islam..1galaksi bima sakti...
mari renungi..maksud daripada Firman Allah..Surah Al-Baqarah ,ayat185
"bulan ramadhan adalah bulan yg didalamnya diturunkan Al-Quran,sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan batil)"..jelas disini,bahawa Al-Quran membawa mesej dan risalah keamanan kepada seluruh manusia sejagat dpd zaman penurunannya hinggalah pada zaman berakhir dunia..ya petunjuk pada seluruh ketamadunan manusia..bukan terhad pada 1malaysia sahaja...

kini..sudah diambang pertengahan ramadhan "awsatuha maghfirah" sesi perhitungan dosa,permohonan keampunan dan pengharapan pahala...
manusia seringkali bersangka buruk dgn berkata adakah dosa2 ku akan diampunkan?? padahal mereka terlupa bahawa maghfirah dan rahmat Allah sgt luas bagi yg memintanya.jika tidak masakan diletakkan pertengahan ramadhan sebagai sesi memohon maghfirah-Nya...

jadi..jelas disini bahawa Ramadhan adalah penyatu ummat manusia,miskin dan kaya,pemimpin dan rakyat,tua dan muda,bulan limpahan rahmat dan keluasan ampunan,kemurahan rezeki(xcaya mesti ptg2 slalu dpt juadah dpd jiran2 kan) dan bermacam2 lagilah kelebihan yang boleh diterokai bersama...janji kita nk terokalah..

benarlah..bahawa ramadhan..bukan bulan biasa...ramadhan kareem..wslm