free palestine

FREE PALESTINE

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan...bukan bulan biasa...

Ramdhan tiba lagi..bukan bulan biasa..mencari perindu syurga,memburu penagih rahmat tuhanNya,menanti rintihan hamba2 yg mengimani benarnya janji tuhanNya..


it's start with...Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa nak tergelak sebenarnya,malam 1st Ramadhan di malaysia,apabila makmum kanak2 lelaki baca Al-Fatihah (secara beramai-ramai) setiap ayat lepas pak imam baca,yg kadarnya boleh didengari semua jemaah surau..sangat bersemangat kan??
apa pun ini bukti kesungguhan,kecekalan mereka mengagungkan bulan 1000 rahmat ini..apabila ditanya,ada antara mereka yg xsolat isyak pun..bg mereka..tarawih lg penting..haisyh..mcm tu pulak..mane boleh itu mcm dik.ape2 pon smoga adik2 menjadi pembela agama Allah dimasa hadapan..amin

Ramadhan kali ini dianggap detik istimewa bagi seluruh rakyat 1Malaysia..kerana apa??
31 0g0s..jatuh dalam bulan ini..hari merdeka...xperlu bicarakan disini soal bangsa melayu ISLAM yg terlampau merdeka pada hari ini...takrif ikut kacamata mereka merdeka itu bebas...
"Merdeka pada agama...
"Merdeka pada hiburan..
"Merdeka pada politik...
"Merdeka pada aurat..
"Merdeka pada minum arak,hisap dadah..etc..
merdeka ikut suka hati mereka...sampai hilang jati diri,nilai agama,tolak islam sebagai cara hidup...

apa yg penting disini..turunnya Al-Quran dalam bulan ini sebagai penyatu seluruh tamadun kehidupan manusia..bukan sahaja 1malaysia..bahkan..1dunia...1islam..1galaksi bima sakti...
mari renungi..maksud daripada Firman Allah..Surah Al-Baqarah ,ayat185
"bulan ramadhan adalah bulan yg didalamnya diturunkan Al-Quran,sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan batil)"..jelas disini,bahawa Al-Quran membawa mesej dan risalah keamanan kepada seluruh manusia sejagat dpd zaman penurunannya hinggalah pada zaman berakhir dunia..ya petunjuk pada seluruh ketamadunan manusia..bukan terhad pada 1malaysia sahaja...

kini..sudah diambang pertengahan ramadhan "awsatuha maghfirah" sesi perhitungan dosa,permohonan keampunan dan pengharapan pahala...
manusia seringkali bersangka buruk dgn berkata adakah dosa2 ku akan diampunkan?? padahal mereka terlupa bahawa maghfirah dan rahmat Allah sgt luas bagi yg memintanya.jika tidak masakan diletakkan pertengahan ramadhan sebagai sesi memohon maghfirah-Nya...

jadi..jelas disini bahawa Ramadhan adalah penyatu ummat manusia,miskin dan kaya,pemimpin dan rakyat,tua dan muda,bulan limpahan rahmat dan keluasan ampunan,kemurahan rezeki(xcaya mesti ptg2 slalu dpt juadah dpd jiran2 kan) dan bermacam2 lagilah kelebihan yang boleh diterokai bersama...janji kita nk terokalah..

benarlah..bahawa ramadhan..bukan bulan biasa...ramadhan kareem..wslm

2 comments:

  1. salam..mabruk;)hope blog ni dapat jadi salh 1 medium utk berdakwah..moga terus thabat..good post..

    ReplyDelete
  2. budak2 yg sambung al-fatihah tu??? mmg rasa nak gelak.. dah la lepas tu abah plak sound diorg.. haha..
    apa ayat beliau??
    Pakcik penduduk asal kampung ni..

    Hahaha..

    ReplyDelete