it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..
berita metro hari ini.."kereta meletup elak kucing melintas",3 rakan rentung..
usai memliki lesen 'L' sedang mempelajari teknik dan langkah terhemat memandu..
berita ini cukup mendebarkan buat sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dengan dunia stereng,clutch,brek,pedal pemecut dan saudara-maranya..
barangkali jarang sekali kedapatan pemandu seperti ini yang sanggup mengelak hanya seekor kucing di jalanan,malah x mustahil kebanyakan kucing menamatkan riwayatnya di atas jalanan kerana sikap pemandu yang melupai segala etika-etika pemanduan ketika mengikuti kursus KPP mereka dahulu kala..teringat kata-kata salah seorang pak cik ketika kelas mengenali enjin 2minggu lepas.."sebaiknya tidak mengelak ketika menghadapi sebarang risiko kemalangan,kerana kemungkinan bahaya lebih tinggi"..erm,nanti minta abah jelaskan semula.
Saban tahun kemalangan di jalan raya malaysia kian meningkat,walaupun kualiti jalan raya di malaysia antara yg tercanggih,namun kita turut antara yg menjuarai kadar kemalangan tertinggi dunia..semua ini adalah akibat sikap pemanduan rakyat malaysia sendiri,sedarkah kita sikap mementingkan diri dan tidak bertolak ansur mengundang risiko utama kemalangan..
pelaburan kerajaan mencanangkan pelbagai slogan dan kempen jalanraya hanya diundang sepi oleh sebilangan rakyat,jika dibandingkan dengan cara memandu rakyat di kota Kaherah,nampak seperti lebih dahsyat,tidak berdisiplin dan macam jalan atok diorang..dek kerana jarang sekali melihat drift haram atau remp-it jalanan disana,membuatkan rasa keselesaan kerana keprihatinan pemandu terhadap pejalan kaki serta golongan yg kurang upaya yg turut menjadi pengguna setia jalanraya..mungkinkah peraturan atau disiplin terlampau jalanraya tidak mampu menghasilkan pemandu yg berkualiti dan berhemah(jgn gtau jpj tau)..mari fikirkan bersama..
p/s: sedang menanti karya baru ramlee awang murshid "9nyawa" katanya..kucing ada 9nyawa..
-kumencariyghakiki-19okt2009-
No comments:
Post a Comment