free palestine

FREE PALESTINE

Thursday, October 7, 2010

bicara bahasa

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Bismillah wa Alahmdulillah

Mari bicara soal bahasa,yg menghubung antara bangsa,yg mengukur akhlak penuturnya,yg menjadi pemaju tamadun manusia jua penentu kualiti generasi mendatang. Mengusai bahasa ibarat membuka jendela dunia lain atau ibarat seperti berjaya menjajah sesuatu bangsa manusia. Tutur manusia dicatatkan bermula apabila penciptaan Saidina Adam alaihissalam,yg diajar secara langsung Allah swt melalui butir yg difahami oleh baginda, nama benda2 dialam buana,yg tidak diketahui oleh para Malaikat sebelumnya,bahkan hal ini mengundang kedegilan iblis yg enggan sujud pada baginda atas kecemburuan dan keegoannya  akhirnya mencetus kemurkaan Allah hingga ke hari kiamat.


Adapun,peringkat pengembangan bahasa manusia bermula sedari kecil dengan memahami apa yg ada disekeliling mengikut apa yg dilihat melalui mata,didengar melalui  telinga,difaham melalui tingkah gaya.
Asal bahasa dikatakan berasal dari lahjah sesuatu kaum,katakan ada beribu bahasa didunia lebarkan berjuta lahjah atau dialek sesuatu bahasa,kerana yg memahami bahasa pasti kaum yg sama cuma berbeza suku-sakat.
Hakikat manusia luar akan  memahami  bahasa rasmi sesuatu negara,namun barangkali jarang2 dpt mengerti lahjah atau dialek secara jelas kerana berlaku pengubahan suku kata atau huruf bagi sesuatu perkataan.Mengapa lahjah dikatakan asal bagi suatu bahasa kerana,manusia hidup di pedalaman atau kampung lebih lama menjadi penduduk asal bg satu2 bangsa,malah lebih menjaga kualiti kehalusan serta tutur gaya bahasa. Bahkan,setelah digabungkan bahasa2 dialek pedalaman barulah menjadi satu bahasa rasmi bagi mereka.Fahamkah bicara ini?? Seperti Al-Quran yg disatukan menurut lahjah Arab Quraisy yg difahami oleh sekian bangsa arab,wlu terdapat perkataan  dari lahjah lain didalam Al-Quran...

setakat ini dulu...


p/s: saya org bahasa,bicarakan saja.andai tersilap kata....

1 comment:

  1. to fakeh: syukran ats info,mudah2an Allah bantu kita semua dlm membela aqidah ummah..

    ReplyDelete