Bismillah w Alhamdulillah..
Jom,bc artikel yg diambil dpd www.harakahdaily.net
JUDI BAWA KECELAKAAN.. PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan. Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut. “Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati). “Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka. “Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini. Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin. “Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya. jap..ni kenyataan ex-pm Malaysia wawasan 2020.. "kalo sy jadi kerajaan,sy luluskan"...patotlah judi jd amalan rakyat malaysia xkira bangsa, sbb zaman dr.M dulu dh dibiasakan diluluskan..ohoh.. diorang lupe agaknya,Zmn Kerajaan Melayu Melaka dahulukala mengamalkan Undang2 Islam+Hukum Kanun Melaka+Undang2 Laut yg berteraskan Quran & Sunnah.. opss,lupe plak zaman tu xde subjek PQS lg kot,buku teks PSI pon DBP xterbitkan lagi,yg ade cume kitab2 kuning ulamak silam je..huh~~ atau mereka terlupa ade ayat dlm surah Al-Baqarah,cite ttg judi sejak 1400 tahun dulu.. 219: "mereka bertanya kepadamu ttg khamar(arak) dan judi,Katakanlah : pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bg manusia,tapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. dan mereka bertanya kepadamu apa yg mereka nafkahkan.Katakanlah,"Yg lebih dr keperluan.Demikianlah Allah menerangkan ayat2-Nya kepadamu supaya kamu berfikir"..(sy dpt ayat ni ms syafawi hari tu)..^__^ .nape susah pyh main judi utk suapkan kat mulut anak2 & isteri?? rezeki Allah dimuka bumi ni kan luas..cume rajin2 usaha dan doa je.."allahummarzuqna min turatsil ardhi"..amin..teringat kisah seorang Kiai Indonesia yg mengusahakan pesantren dgn kegigihannya sendiri.pabila diberi cdgn agar meminta bantuan dpd pihak kerajaan dgn yakinnya dia menjawab " aku malu nk minta pd manusia dlm masa yg sama ade Allah, leluasa langit n bumi yg maha kaya"..MasyaAllah.. bilakah rakyat Malaysia akan berani men"tranformasikan" diri dpd terus dibelenggu kemaksiatan ni.. erm..skrg nk ikut ckp sape?? p/s: la taat li makhluk fi maksiat khaliq.. Wassalam.. |
No comments:
Post a Comment