free palestine

FREE PALESTINE

Tuesday, July 6, 2010

Safir seorang Hamba..

Assalamualaikum..Bismillah W Alhamdulillah.,
 Repost kembali post 2tahun yg lalu (tulisan biru & purple),tulisan hijau utk tahun ini.


Mengapa saya memilih untuk repost kembali post 2tahun yg lalu, disebabkan antara 200 hikmah Israk Mikraj, salah satu yang terpenting adalah: *Buroq adalah simbolik kepada kecanggihan teknologi kebendaan(madatan) manusia yang akan wujud. Rasulullah bukan peramal masa depan,bukan tukang tilik zaman mendatang. Namun wahyu yang dikhabarkan bukanlah dongengan. Hal ini sebagai logika betapa selain manusia perlukan kehebatan teknologi rohani dan maddi, sama sekali tidak menolak kekuatan Allah sebagai kuasa mobiliti utama.


Post 2tahun yang lalu.


syukur yg tiada putus buat tuhan pemilik leluasa langit dn bumi,ats nikmat iman & islam jua qadar yg disirat dilangit agar dilahir menjadi salah seorang Bangsa Malai yg mendiami tanah yg dikatakan sebagai"the promise land"..Syukr lillah..MasyaAllah..




perjalanan menaiki Buroq yg langkahnya sejauh mata memandang,sekembalinya membawa tuntutan teragung yg akan pertama kali disoal di hari tiada naungan melain naunganNya..SOLAT..umat islam hari ini,berdalih2 apabila diminta menunaikan solat,kalau 50rakaat bagaimana agaknnya?? org2 Feringgi dahulu masa zaman Neil Amstrong teringin menembusi langit pabila tahu Sirah Mikraj Rasulullah,mrk tahu ada cr utk kesana jadi mereka reka roket selaju had maksima pemikiran yg Allah kurnia pd mereka yg xsecanggih teknologi Buroq Allah..huhu..mari kita lihat kecanggihan Buroq ini: dipetik dr kitab (al-israak w al-mi'raj mukjizatu w haqaiq asrarun w fawaid) karangan Khalid Sayyid Ali-Maktabah DarusSalam..

"sbb dinamakn Buroq: cepat kilauan,pancaran,kelihatannya..telah berkata Syeikh Muhammad Al-Ghazali:
telah ditunggang (Rasulullah) Buroq kerana ia dicipta kerana langkahnya sejauh mata memandang,ia bergerak(berjalan etc.) dengan sepantas cahaya,Buroq diambil dpd kalimah Al-barq;kilat,adapun kekuatan tenaga elektrik tidak berdaya menempuh perjalanan sepantas ini,akan tetapi jisim manusia Rasulullah berupaya menempuhi perjalanan sepantas ini selaju sambaran Buroq,inilah sbb kukuh yg menjadikan ia dinamakan Buroq." teknologi Allah..masyaAllah..

"sifat Buroq: apabila turun panjang tangannya,pendek kakinya.pabila hendak naik panjang kakinya,pendek tangannya..riwayat sebut : langkah buroq sejauh mata memandang..


kata ibnu Munir: pabila melihat langit dengan dgn satu pandangan maka sejauh itu langkah Buroq(satu langkah),begitulah seterusnya hingga langit ketujuh,maka langkah Buroq hanya sebanyak 7langkah..riwayat lain: binatang itu adalah Buroq,langkahnya disokong oleh dua sayapnya..dan disebut oleh riwayat lain ttg sifat Buroq: wajahnya seperti manusia,jasadnya seperti kuda,diriannya seperti lembu jantan,panjangnya dan ekornya seperti kijang,bukan jantan bukan betina..ada juga disebut malaikat kerana tiada jantina.


.adapun hakikat Buroq spt yg dikatakn oleh Ustaz Ismail Bahjat: ia adlah binatang antara Himar dan Baghal,itulah gambaran Buroq,hakikatnya yg mengetahui adalah Allah,adapun dinamakan Buroq kerana kelajuan langkahnya.."

"bagaimana Rasulullah menunggang Buroq?.."Riwayat Abdullah ibn Mas'ud: Rasulullah mendatangi Buroq,binatang tunggangan yg telah ditunggang oleh nabi2 terdahulu,kakinya diletakkan sejauh pandangannya,maka Rasulullah menunggang akan ia..Riwayat Imam Qatadah: pabila aku(Rasulullah) hampiri nya (buroq) maka ia enggan utk ditunggang..maka jibrail alaihissalam meletakkan tangan atas rambut Buroq(rambut dileher kuda atau singa),dan berkata: tidakkah engkau malu wahai Buroq? demiAllah,tidak ada yg menunggang engkau hamba Allah sebelum Muhammad yg lebih mulia daripadanya..maka Buroq berasa malu dan menunggangkan baginda Rasulullah dgn elok sehingga berpeluh,kemudian tetap meneruskan membawa baginda..."

-end-begitulah kisah Buroq yg mentaati perintah Allah dalam rehlah Rasulullah ini..erm,teringat Bangsa Polip yg disebut RAM dalam kisah kembara Sunan..dh baca "Cinta Sufi"..huhu


saban tahun apabila meneliti Sirah Israk Mikraj ini,sy teringat sewaktu kemahsyuran zaman drama China era Fong Sai Yuk,ada drama cina petang "Journey To The West" yg mengisahkan pengembaraan Dewa Monyet Sun Wukong,perjalanan darat bersama kawan2nya Dewa Babi,lg seekor xberapa ingat,menempuh pelbagai ranjau dan akhirnya naik ke langit bertemu Dewi Quanyin (agaknya kot) hehe..Dewa Buddha cina pon berangan-angan nak mikraj ke langit rupanya,dan dlm perjalanan mereka tu bertemu mcm2 dewa,dewa bukit la,dewa sungai,zmn sekolah rendah dulu punya la percaya kat dewa2 bila tengok cite ni,mainan aqidah tu..huh..kita umat Islam  mengimani wujudnya Malaikat Mikail(penjaga rezeki),Malaikat Maut(pencabut nyawa) dan seterusnya,kat tanah Rencong pula ada juga seorang Wali Songo yg digelar Sunan Kalijogo(penjaga sungai)..Subhanallah..Memang takaneh kalau karya drama ini diambil dari rangkaian Sirah Ummat Islam, doktorah saya seringkali berpesan "Mereka (merujuk pd barat,orientalis dan lain-lain,mengambil dari kita,bukan dari mereka.


'to see is to belive'. Apa yang dilihat itu yang dipercayai. Falsafah ini tidakmungkin sama sekali diamalkan oleh orang mukmin, sekaligus akan menggugah iman kita pada persolan alam ghaib,malakut,jabarut dan berkaitan dengannya. Contohi sahaja iman Para Sahabat dan SalafunaSoleh yang mengimani apa sahaja yang lahir dari perlakuan baginda dan keluar dari lidah baginda Rasulullah yang mulia.


apapun halnya,mengimani Israk Mikraj adalah keWAJIBan bagi setiap muslim,kita melihat bagaimana kentalnya aqidah Saidina Abu Bakr As-Siddiq(gelaran slps org yg paling percaya peristiwa Israk Mikraj tnpa ragu),jadi wajarlah utk dicontohi.bukankah baginda Rasulullah sgt merindui akan ikhwannya yg beriman pdnya diakhir zaman,marilah kita sama2 menggolongkan diri dalam kelompok itu..Salam Alaika ya habiballah!!


p/s:..dan saya pun bakal menjadi safir dibumi Israak itu..mohon doa bersama..


Sekian untuk post kali ini, tambahan 'Amul Huzni bukan semata kesedihan baginda atas kehilangan 2 insan teristimewa baginda, namun apa yang lebih baginda kesali adalah penolakan dakwah baginda semasa gerakan tabligh baginda di Thaif. Masakan baginda bersedih atas taqdir yang telah Allah tentukan. Tidak sama sekali. Waallahu A'lam.


Dibumi Bakkah bermula siri,
Gunung Tursina munajatnya berhenti,
Beit Lehem seolah menanti,
2rakaat singgahnya bukan tidak bererti,
Mikraj menuju ke Sidratul Muntaha bersemayamnya ilahi,
Ditinggal Jibril perginya sendiri,
Bertemu kekasih diruang nantinya Sang Kekasih abadi..


Abbasiyah,15/Jun/2012.

















No comments:

Post a Comment