Assalamualaikum.warahmatullahi.wabarakatuh.
Semoga sentiasa di bawah rahmat tuhan pemilik leluasa langit dan bumi,
Ia itu apa cuba teka, xsiapa tahu rasa yg ada ^_^ ;
Ia yang tiba
Bukan dengan paksa
Bila dari tuhan
Janji cipta setia
Tiada meminta
Malahan sengaja
Khabar bukan rekaan
Bahkan luahan pilihan
Biarkan ia merasa
Betapa perit derita
Tika duka menahan
Dalam ketawa leluhan
Lalu yang dulu
Luka yang luluh
Penuh tawar pilu
Lepas ia lalu
Agar hadir makna
Pada jiwa ceria
Untuk hati suci
Luar jadi sakti
Syarat ada setia
Ikatan sendi Sang Pencinta
Kerana titah TuhanNya
Lebih abadi dari yang fana....
"Cintaku..izinkan aku tenggelam dalam cinta Tuhanku, Agar cinta kita bersatu,dengan izin Tuhanku"..
psttt: cmna boleh dpt idea ni,xtahu lah..bila ilham dari rabbani,yg seni menjadi hakiki....Amiin...^_^
bagus, ada usaha untuk berpuisi dengan lebih selesa tanpa kekangan peraturan. Teruskan berpuisi dengan lebih jujur. :D
ReplyDeleteTerima kasih komen,"lepaskan pena tenang, agar ia terus berkata, lukisan hati teman,jujur penuh segan.."-MakrifatCinta-
ReplyDeletetesting
ReplyDelete