free palestine

FREE PALESTINE

Tuesday, December 15, 2009

pasti datang..

it's start with...Bismillahirrahmanirrahim...

pemfokusan pada saat-saat akhir ini dirasakan amat butuh..
tirai IMTIHAN seperti tidak sabar2 utk berlabuh..
mafhum hadis ada merakamkan" tinggalkan apa yg meragukan pd yg tidak meragukan"..
adakah blog ini meragukan?? hanya utk saat ini..

p?s: jgn main2 dgn IMTIHAN di Al-Azhar..

doakan kejayaan bersama atas nama yg Maha Esa..amin..

wslm

Monday, November 2, 2009

sambungan kembara..

assalamualaikum..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..

penerusan proses kembara ilmu di bumi khazanah ilmu bakal diteruskan..huh..
tempoh percutian yg agak lama berbanding institusi pengajian tinggi lain sudah sampai ke titik noktah..
sekembalian ke Kuala Lumpur sebagai lorongan untuk menyuntik kembali (refresh) semangat baru pd jiwa mahasiswa mahupun mahasiswi yg turut pulang..kita sememangnya amat membutuhkan semangat2 baru utk kembali ke arena perjuangan ilmu,arena yg tidak mengenal erti kepayahan,keletihan,kegusaran mahupun keluhan putus asa..dewasa ini,kita menyaksikan ketandusan moralisasi umat seagama,sebangsa mahupun seperjuangan yg kian jauh dari nilai tuntutan keabadian Rabbi..dek kerana terleka diarus hedonisme barat yg amat tajam membunuh jiwa2 yg setia mencari kebebasan tanpa batasan agama..tugas siapakah untuk memperbaiki nilai moraliti ini,pastinya jiwa2 muda yg masih segar dalam dunia perjuangan ini..jiwa2 yg jelas fikrah dan terpancar tarbiyah dlm diri mahupun zahiri..jiwa yg mahukan kehidupan beragama sebagai panduan utama rehlah duniawi ini..dan selaku semangat baru ini,relakanlah apa jua tribulasi mendatang sebagai zaitun dlm mskn kembara ini..


p/s: pemburu ilmu tak kira erti jemu...

wslm

-kumencariyghakiki-3nov2009-

Wednesday, October 28, 2009

jambatan 1Malaysia..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..

apabila tiba pimpinan baru,pelbagai slogan dan kempen yg mula dinamakan dan dicanangkan..
kini gelombang 1Malaysia,melanda negara sehingga perkheman turut dinamakan "Perkhemahan 1Malaysia"..macam2 perangai pimpinan ini,yg pasti dek kerana rakus merealisasikan hasrat atas nama 1Malaysia itu,kanak2 sekolah rendah menjadi mangsa "jambatan segera 1Malaysia "dibawa arus deras Sg.Kampar,Perak..alasan biasa yg akan diberi sudah ajal ketentuan ilahi..namun,tiada siapa mahu mencipta kemalangan bukan..
katakan..umpamakan..jambatan segera ini mcm kerajaan yg dibina tanpa asas yg kukuh,bertapak di tepian sungai deras,menantikan goyahan yg bakal meruntuhkannya bila2 masa sahaja..dan apabila runtuh,mulalah masing2 mencari punca dan resolusi bagi membaiki keadaan,menyaman pihak itu dan ini,kenapa tidak dipastikan aspek keselamatan,struktur tanah,risiko kemalangan sebelum dibina??
secara logikalnya,pembinaan sebatang jambatan gantung pasti akan dilengkapi ciri2 keselamatan ,besi cerucuk yg mapan,jaring keselamatan,mendapat kelulusan pihak JKR tempatan dan sebagainya,namun akibat kecuaian kontraktor upahan 3nyawa terkorban dibawa arus sungai..
seperkara yg ingin disentuh,apakah relevannya kem ini diadakan adakah masih dengan isu yg sama,meniup semangat nasionalisme yg xsudah2..jika kewujudan kem2 seperti ini demi membina jati diri ummah yg cintakan agama,memili kekuatan fizikal,daya juang yg tinggi atas tiket memperjuangkan agama boleh jadi ianya satu pelaburan yg cukup matang,namun masakan pihak kerajaan berupaya melaksanakanya..
mungkin juga kem2 ini tidak menitik beratkan 3elemen yg disebut dlm hadis Nabi,ajarilah anakmu,menunggang kuda,memanah dan berenang..ya,berenang!! boleh jadi mereka pasti terselamat..wallahualam


p/s: Bajet 2010 mempertaruhkan pelaburan yg besar kpd institusi pendidikan terutama belia(pengundi besar dlm PR)..kita nantikannya..adakah ruang buat kita??


-kuMencariYgHakiki-29okt209