free palestine

FREE PALESTINE

Friday, February 5, 2010

yg berbolak-balik..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Bermula dengan..Bismillahirrahmanirrahim..

Berbicara soal makhluk yg sentiasa dibolak-balikkan oleh Allah..tidak lain ‘HATI’

Hati umpama raja yg ditaati..
Hati pencetus amalan zahiri..
Hati tempat nawaitu diri..

Manusia yg mahukan kehidupan yg dipandu ilahi, perlu memiliki hati yg suci,bebas dari hasad,dengki,dendam,iri hati dan sekutunya. Hati tempat bermula nawaitu diri,tempat coretan perasaan, malah menjadi ruang monolog dalaman yg akan menentukan buruk baik amalan seseorang.

“Jangan kita zahirkan kotoran hati kita pada manusia”.pesan ustaz.

Disebalik kalam ini,kita dapati perilaku seseorang jelas membuktikan kondisi hatinya,sama ada dalam keadaan baik atau sebaliknya. Insan yg mempamerkan akhlak yg mulia menzahirkan kemuliaan hatinya,kerana hati yg baik akan mendidik kelorong kebaikan. Keadaan hati manusia adalah barang yg paling dinilai Allah. Hadis ada merakamkan:
”Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang pada rupa dan harta kamu,tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu”.(Musnad Imam Ahmad 7814)
Namun, berapa ramaikah yg benar2 menitik beratkan pandangan Allah dalam setiap perilakunya,
Ironinya,manusia seringkali merisaukan pandangan manusia berbanding pandangan Allah..
Seperti “kalau aku buat begini begitu,apa kata orang nanti”,jarang-jarang berbicara begini
“apakah nilaian Allah terhadap amalku ini”,atau”sesuaikah cara yg ku lakukan ini selaku muslim”.
Kita umpama melebihkan mencari kemuliaan manusia dalam kemarahan Allah,daripada mengejar kemuliaan Allah dalam kemarahan manusia. Lupakah bahawa setiap amalan manusia akan dinilai menurut timbangan akhirat?a

Persoalan menjaga hati amat penting,terutama buat kita pendukung agama Allah,cahaya ilmu tidak dapat menebusi dinding-dinding kegelapan yg dibiarkan merajai hati sanubari. Biarpun manusia tidak dapat menilai harga sebenar hati kita, hakikatnya Allah amat mengetahuinya,para penduduk langit turut menyaksikan betapa usaha kita untuk memiliki hati yg bersih. Lazimi zikrullah.kosongkan hati daripada memikirkan selain dari-Nya,kurangkan mengisi perut,serta hindari perkara2 yg mendekati maksiat. Menjadi kelompok yg dikatakan ‘nafar’ dalam jihad ilmu,tafaqquh dalam agama ,yg akan menjadi ‘inzar’ pd kaumnya pabila pulang di arena sebenar amat membutuhkan hati yg suci,nawaitu yg luhur,jiwa yg tulus serta jasad yg utuh sebagai aset utama menempuh laluan hidayah ini..Berterus-terusan lah seperti mana yg diperintahkan..

p/s: ‘wahai yg membolak-balikkan hati manusia,tetapkanlah hati kami dlm ketaatan dan ad-din mu’

No comments:

Post a Comment