Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Bismillah wa alhamdulillah..
keperluan komitmen pada kuliah n tutorial benar2 menyempitkan ruang utk berada di papan kekunci,benarlah lisan lidah lebih mudah dari lisan tangan..hehehe..peribahasa sendiri,walaubagaimanapun,perkongsian kali ini ingin sama-sama mengenali ciri-ciri seorang daie..sama2 bina kendiri..
CIRI-CIRI PENTING
1) Pertama tama sebelum segala-galanya bermula,ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah. Tanpa keikhlasan segala urusan akan runtuh dan musnah.
2)Menjiwai betapa besar tugas dan tanggungjawab yg dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yg sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3)Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub(pendekatan),memberi tunjuk ajar dan menasihati yg baik serta berbincang dgn cara terbaik.
4)Hendaklah bersikap ramah mesra,mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yg baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut(tidak cepat marah),mengharapkan balasan dari sisi Allah hasil daripada rintangan yg dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak Rasulullah,dan para daie yg mengikut jejak baginda.
5)Memahami selok-belok cara hidup dan budaya masyarakat yg dia berkecimpung didalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yg berlaku di dalam masyarakat,serta berusaha utk mengenali dgn lebih mendalam mad'u yg didakwahnya.
6)Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah dan sejarah islam utk dijadikan bekalan. Dia akan dapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu menbantunya menyelesaikan masalah yg dihadapi . Begitu juga beberapa pendirian yg diambil oleh golongan muslimin pertama.
7)Menghafaz Al-Quran sebanyak yg mampu untuk menjadi dalil dalam kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yg terdapat dlm Al-Quran mempunyai kesan yg besar bg jiwa.
8)Dalam setiap perbualan dan perbincangan,unsur akal(kefahaman dn logik)hendaklah dipandukan berdasarkan perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal utk menerima apa yg disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
*petikan terjemahan "Dakwah Fardiyah"-Mustafa Masyhur
Ulasan:
Adapan menjadi seorang kader atau daie rabbanie merupakan tanggungjawab utama individu muslim,dalam era fitnah dan mehnah ini,proses dakwah fardiyah perlu dipupuk sebelum menempuh medan jihad yg pastinya menawarkan perit payah yg tiada tanding..selaku yg bergelar muslim,meneliti upaya dan potensi diri adalah kunci utama yg akan meletakkan seseorang individu pada jalan dakwah seiring dengan keperluan dan suasana masyarakat. Oleh itu,usah risau akan kekurangan diri,bahkan berusaha untuk memperbaikinya kerana jalan dakwah ini tidak menjanjikan apa-apa habuan duniawi..selamat beramal!!
p/S:semalam 20mac tarikh perkahwinan sepupu sy (abg syukur)perkahwinan sepupu yg ke-10 tdk dpt sy hadiri..sgt sedih~~..atas stand sbgi "nafar" jihad ilmu ni,tidak mengapa,dari jauh kukirim doa~~huhu
wassalam..
No comments:
Post a Comment