free palestine

FREE PALESTINE

Saturday, March 20, 2010

..Daie Rabbanie..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillah wa alhamdulillah..

keperluan komitmen pada kuliah n tutorial benar2 menyempitkan ruang utk berada di papan kekunci,benarlah lisan lidah lebih mudah dari lisan tangan..hehehe..peribahasa sendiri,walaubagaimanapun,perkongsian kali ini ingin sama-sama mengenali ciri-ciri seorang daie..sama2 bina kendiri..

CIRI-CIRI PENTING
1) Pertama tama sebelum segala-galanya bermula,ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah. Tanpa keikhlasan segala urusan akan runtuh dan musnah.

2)Menjiwai betapa besar tugas dan tanggungjawab yg dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yg sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

3)Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub(pendekatan),memberi tunjuk ajar dan menasihati yg baik serta berbincang dgn cara terbaik.

4)Hendaklah bersikap ramah mesra,mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yg baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut(tidak cepat marah),mengharapkan balasan dari sisi Allah hasil daripada rintangan yg dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak Rasulullah,dan para daie yg mengikut jejak baginda.

5)Memahami selok-belok cara hidup dan budaya masyarakat yg dia berkecimpung didalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yg berlaku di dalam masyarakat,serta berusaha utk mengenali dgn lebih mendalam mad'u yg didakwahnya.

6)Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah dan sejarah islam utk dijadikan bekalan. Dia akan dapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu menbantunya menyelesaikan masalah yg dihadapi . Begitu juga beberapa pendirian yg diambil oleh golongan muslimin pertama.

7)Menghafaz Al-Quran sebanyak yg mampu untuk menjadi dalil dalam kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yg terdapat dlm Al-Quran mempunyai kesan yg besar bg jiwa.

8)Dalam setiap perbualan dan perbincangan,unsur akal(kefahaman dn logik)hendaklah dipandukan berdasarkan perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal utk menerima apa yg disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.

*petikan terjemahan "Dakwah Fardiyah"-Mustafa Masyhur

Ulasan:
Adapan menjadi seorang kader atau daie rabbanie merupakan tanggungjawab utama individu muslim,dalam era fitnah dan mehnah ini,proses dakwah fardiyah perlu dipupuk sebelum menempuh medan jihad yg pastinya menawarkan perit payah yg tiada tanding..selaku yg bergelar muslim,meneliti upaya dan potensi diri adalah kunci utama yg akan meletakkan seseorang individu pada jalan dakwah seiring dengan keperluan dan suasana masyarakat. Oleh itu,usah risau akan kekurangan diri,bahkan berusaha untuk memperbaikinya kerana jalan dakwah ini tidak menjanjikan apa-apa habuan duniawi..selamat beramal!!

p/S:semalam 20mac tarikh perkahwinan sepupu sy (abg syukur)perkahwinan sepupu yg ke-10 tdk dpt sy hadiri..sgt sedih~~..atas stand sbgi "nafar" jihad ilmu ni,tidak mengapa,dari jauh kukirim doa~~huhu

wassalam..

Friday, March 5, 2010

Demonstrasi aman Al-Aqsa di kuliyyatil banat..

ASSALAMUALAIKUM..

dengan nama Allah yg maha pemurah & maha pengasih..

angin sepoi-sepoi lughah di perlembahan walidain pagi ini,benar-benar menyegarkan minda,atas kuasa tuhan yg memerintahkan tiupan angin,nikmat ini sama sekali disyukuri dgn penuh bahagia..alhamdulillah..
perkongsian kali ini ingin membawa satu kejadian yg telah terjadi baru-baru ini di dalam tembok biru kuliah banat kaherah..perbacakanlah..

2mac2010,jam 11.30-12.00tgahari-ruangan mabna jadid(bangunan baru) kuliah banat Al-Azhar telah menyaksikan pengumpulan suara2 srikandi islam melalui penganjuran demonstrasi aman Al-Aqsa..demonstrasi ini melibatkan beberapa org pelajar akhawat arab selaku penganjur aktiviti yg turut dikawal oleh anggota2 polis juga merupakan pengawal keselamatan kuliah banat kaherah..penglibatan saya dan beberapa rakan di demonstrasi ini tidak dirancang sama sekali,bahkan kami dimaklumkan oleh seorang senior yg secara kebetulan lewat di hadapan kami,tanpa berfikir panjang kami segera ke lokasi kejadian bagi turut serta menyaksikan demonstrasi tersebut..kami amat terpana melihat kepetahan berpidato pelajar akhawat arab serta semangat jihad yg dizahirkan oleh sekalian penonton yg hadir..demonstrasi aman ini membuktikan kita berhak menzahirkan suara hati kebenaran tanpa sebarang unsur keganasan,kezaliman mahupun penindasan daripada mana-mana pihak..malah,uslub yg mereka gunakan tidak keterlaluan yg boleh menimbulkan provokasi terhadap mana2 pihak,melalui seorang sumber(pelajar arab)..dialogue between us:

apakah rasionalnya penganjuran demonstrasi ini?
"dalam memperingati bumi israk,mengingatkan perjuangan mempertahankan masjid Al-Aqsa yg pernah Rasulullah dan sekalian para anbiya' bersolat,juga membantah kecaman yahudi yg tidak henti2 menghalang ketuanan islam di bumi yg diberkati itu ,juga perbuatan yahudi yg cuba menawan masjid nabi ibrahim(boleh cek berita sendiri utk makluman yg lebih tepat)..

adakah program ini dianjurkan oleh itihad tullab(persatuan pelajar)?
.."tidak"..

erm...anjuran siapa?
..(diam seketika)..

ikhwan muslimin?
..ya..

spontan bertanya..awak juga ikhwan muslimin?
..(tersenyum)..na'am..

sebenarnya ade video tok demonstrasi ni,tapi betapa sedihnye xberjaya m'uploadnye melalui blog ni..video ada dlm facebook sy,boleh buka di bahagian video..harap maklum..(kdt pd kak hajar utk video tersebut..mmg clear..well,sony kan..jauhi nokia*)..hehe

hakikat masa kini..
syariat islam sama sekali tidak menghalang keterlibatan kaum wanita dalam menyuarakan pendapat dan hak mereka,namun biarlah sekadarnya iaitu sesuai dengan sifat semulajadi wanita dan tidak keterlaluan sehingga mengundang fitnah dan sebagainya..kepada generasi hawa salurkanlah semangat anda pada saluran yg lebih cerah siarannya,..perhatikan prjuangan srikandi terdahulu dalam membela keizzahan islam,persiapkan dirimu utk melahirkan generasi angkatan tentera segagah ketumbukan Salahuddin Al-Ayubi juga yg akan merentasi lautan sehebat pimpinan Tariq bin Zayyad..wallahualam..

p/s: musim kuliah dah bermula..jom serbu kuliah..