free palestine

FREE PALESTINE

Tuesday, August 24, 2010

Mengubah atau Pengubah ke Agen Perubah?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Bismillah wa 'ala millati Rasulillah wa Alhamdulillah

kesempatan yg ingin dikongsi berkenaan istilah "ubah"..

Situasi 1
agen perubah adakah seperti agen2 jualan langsung  atau"promoter" barangan di pasar raya,boleh jadi agen risikan barat macam 007 yg bertindak seperti mengubah minat pelanggan untuk membeli barangan jualan,atau juga seperti agen yg bertindak merancang misi untuk mengubah dunia.

situasi 2
seorang pereka hiasan dalaman yg tugasnya mengubah susun atur perabot rumah atau menghasilkan dekorasi luar rumah yg tugasnya tetap merubah suasana kepada tema tertentu samada kontemporari,moden dan sebagainya.

situasi 3
tugas seorang murabbi jua guru mahupun naqib/ah yg bercita2 ingin membentuk fikrah anak didikannya  bagi merubah jalan hidupnya kearah yg dituntut Allah.

tiga situasi yg berbeza namun tetap tujuan yg sama.."ubah"..

Mahasiswa agen perubah
nampak seperti satu tugas yg berat bg seorang yg bergelar siswa/si,individu yg berada di alam pendidikan universiti. Jika istilah ini diolah dengan kata "Rijal Taghyir" atau ''Belia Perubah" nampak lebih berbeza namun hakikatnya sama..sejauh mana tugas belia selaku agen perubah generasi masadepan? lihat situasi ini,mudah2an sampai apa yg ingin difahami bersama..

situasi 4
 mengubah biah(suasana) bilik @ rumah nya dari suasana yg lalai dgn hiburan kepada peka akan isu ummah,
mengubah gaya hidup yg materialistik (fikrah maadiyah) kepada berpada2 dan cukup seada,
mengubah  amalan berorentasikan barat atau sekular kepada mempraktikkan sunnah,
mengubah cara fikir yg mengejar kehidupan dunia kepada cintakan akhirat..

nampak seperti bertambah tugas individu belia itu pada ummahnya,namun biarlah ada usaha dari mengira2 akan hasilnya..koreksi potensi sendiri agar mampu mengubah ummah satu hari nanti..

p/s: dengan rahmat Ramadhan bulan pengubah..

Wassalam






























.

Saturday, August 7, 2010

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum..warahmatullah wabarakatuh..


Bismillah w Alhamdulillah..


Ramadhan kali ini pasti berbeza..sebabnya mereka2 yg terlibat dlm kehidupan Ramadhan sy tiada disisi..

Umi yg akan kejutkan sahur
Abah yg akan bawa g Solat Tarawih dimasjid yg berbeza (ikut kata sy)
Kakak yg selalu bising2 waktu nk berbuka
Adik2 yg selalu nk  beli kuih kat Bazar Ramadhan Jalan Gombak
Makcik2 geng tadarus surau Kg.Puah

Saya tetap suka biah Ramadhan di Malaysia,tukar2 juadah berbuka dgn jiran2 yg jua sedara mara kat keliling rumah,boleh ikut abah g solat subuh pg2 lepas sahur,Tazkirah mlm Tarawih d mana2 masjid bandar atau kg,berlari2 kejar saf tempat air-cond kat masjid Wilayah,kueh-mueh sedap diwaktu moreh,dan tunggu depan pokok bunga dlm rumah pd 10 akhir Ramadhan..


Pesanan Ramadhan dari sy.wlu dimana destinasi kita,jadilah perindu yg sentiasa menanti hadirnya Ramadhan dan akan menangisi akhirnya Ramadhan,mukmin sejati tidak akan membiarkan Ramadhan berlalu tanpa adanya titik permulaan atau sebagai titik istiqamah amal dirinya..Semoga Ramadhan di perlembahan nil kali ini,akan menjadikan saya dan rakan2 mengimani taqwa dalam langkah2 mendatang..Rabbana ij'alna muqima As-Solah..amin..




p/s: setahun menghilang sekarang menjelang.. Allahumma balighna Ramadhan..


Wassalam.._ratusunan_yg Ramadhan di perantauan..