free palestine

FREE PALESTINE

Monday, January 24, 2011

kisah hayyu bin yaqZAN dan tarZAN

Assalamualaikum 


...alhamdulillah imtihan dah berakhir dgn selamatnya..mohon doa dari kalian sume,wlu mtihan dah berlalu,tapi tugasan sebagai penuntut ilmu xkan berakhir hatta ke liang lahad kan,..ok,untuk entri baru tahun 2011 kali ini,saya ingin mulakan dengan sebuah kisah dari sastera Andalus silam silibus kuliah thn.3..seperti yg sedia maklum,bab2 sejarah ni,sy mmg teruja habis,lagi2 sejarah Islam. Bukan apa,walaupun sejarah dulu2 yg dipelajari mengikut piawaian Kementerian Pelajaran tidak menekankan sejarah Islam sejarah menyeluruh,tapi takpe sebagai pelajar,kita perlu kaji dan selongkar sendiri misteri2 alam ini kan. okay,kembali pada tajuk yg ditulis,sy akan ceritakan satu persatu kajian yg telah diterjemah tentang kisah diatas..silakan membaca:

"Kisah ini menceritakan seorang kanak-kanak bernama "Hayy" telah dihanyutkan oleh ibunya dalam sebuah peti kerana si ibu itu takut dengan abangnya seorang raja di tempatnya kerana ia berkahwin dengan seorang kaum kerabatnya-tanpa pengetahuan abangnya-bernama "Yaqzan". Setelah melahirkan anak maka demi untuk menyelamatkannya maka si ibu telah menghanyutkan ke laut dalam sebuah peti, lalu peti itu terdampar ke sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia. Si anak tadi telah dipelihara oleh seekor kijang yg merasa kasihan terhadap si anak itu setelah ia kematian anaknya


Si anak tadi dibesarkan oleh ibu angkatnya dan sedikit demi sedikit dengan meniru segala gerak-geri dan tabiat ibu angkatnya,setelah besar sedikit ia berlatih berjalan dan mula memikirkan tentang dirinya dan membandingkannya dengan teman-temannya binatang yg lain. Didapatinya binatang-binatang itu dilitupi oleh bulu sedang ia bogel, lalu diusahakan untuk menutupi tubuhnya dengan daun-daun, dilihatnya binatang-binatang itu punya senjata melindungi diri mereka sedang ia tanpa sebarang senjata, lalu diambilnya dahan kayu dan dijadikan senjatanya, kemudian ia mula menyedari tentang kelebihan tangannya, lalu ia mula berfikir untuk berburu, dari situ corak hidupnya mula meningkat, dia tidak lagi memakai daun-daun, tetapi telah menggantikan dengan kulit binatang yg diburunya. Dalam pada itu ia juga telah mula mengenal api dan faedahnya dari suatu kebakaran yang terjadi di pulau itu.


Tidak lama kemudian ibu angkatnya si kijang itu mati, dan Hayy merasa pilu dan sedih kerana si ibu angkat yang selama ini membesarkannya sudah tidak bernyawa lagi, dalam kesedihan itu ia berazam untuk mengetahui apakah sebab yang membawa kematian dan apakah hubungan roh dengan makhluk yg hidup. Untuk itu ia membelah bangkai ibu angkatnya dan diperiksanya satu persatu anggota badan ibunya dan juga anggota binatang-binatang lain yang diburunya.


Pengetahuan dan pengalaman Hayy meningkat dengan perkembangan usianya, beliau mula memikir tentang segala kejadian yang ada dan meyakinkannya bahawa setiap yang ada ini tentu ada sebab dan punca yang menjadikannya. Dalam usaha untuk mengetahui punca atau sebab yang menjadikan ini ia juga melihat dan merenungi binatang-binatang dan mengkaji segala cakerawala di langit dan rahsia-rahsianya dan dari satu tahap ke satu tahap pengalamannya meningkat untuk sampai kepada hakikat wujudnya Khaliq pencipta alam ini.


Tidak lama kemudian seorang lelaki sifu bernama " Absal" telah sampai ke pulau ini, dan bertemu dengan "Hayy" yang sebelum ini tidak pernah bersua dengan sebarang manusia dan tidak pernah mengetahui percakapan atau pertuturan. Kedua-kedua mereka menjadi kawan rapat dan Absal mengajar bahasa kepada Hayy dan Absal pula mengkaji dan meneliti asas-asas falsafah yang disebutkan oleh rakannya yang yakin bahawa asas-asas tersebut memperjelaskan lagi akidah pegangan agama yang selama ini menjadi pegangannya.


Setelah yakin dengan kebenaran cara atau asas-asas pemikiran Hayy ini, maka Absal telah mendesak rakannya ini supaya memperpanjangkan pengalaman dan pemikirannya kepada penduduk lain di pulau tempat kelahirannya. Setelah didesak Hayy pun bersetuju dan keduanya menaiki perahu menuju ke pulau Absal. Malangnya pengajaran yang disampaikan oleh Hayy tidak diterima oleh penduduk pulau tersebut. Seelah itu kedua-duanya pulang semula ke pulau mereka untuk meneruskan penelitian dan ibadat mereka dengan suatu anggapan bahawa tidak semua orang boleh sampai dan memahami akan hakikat sebenar kewujudan Al-Khaliq kecuali orang-orang yg khusus sahaja"...dan Allah sahaja yg lebih mengetahui.


Karya ini dihasilkan oleh Ibnu Tufail, nama sebenar Abu Bakar Muhammad bin Abdul Malik bin Muhammad bin Tufayl Al-Qaisi, Al- Qurtubi, Al-Isybili. dilahirkan di Granada pada tahun 494H, dan meninggal dunia di Morocco pada tahun 582H.  Beliau adalah seorang sasterawan, ahli fikir, tokoh perubatan dan seorang ahli falsafah.murid kepada tokoh ahli falsafah Islam yang terkenal Ibnu Sina.


ok,dari sudut kritikan ilmiah,diharap kalian dapat mencari pengajaran yg tersirat disebalik kisah ini,cuma apa yg ingin disampaikan adalah kisah ini seolah-olah dimasyhurkan semula oleh barat melalui kisah TARZAN yang pernah popular sekitar tahun 1999,oleh Walt Disney Pictures,dikatakan diambil dari buku berjudul "Tarzan of the Apes" karya tulis oleh Edgar Rice. hurm..xmustahil kan kalau karya ini diambil oleh hasil idea bernas Ibnu Tufail. Perhatikan sahaja konsonan huruf ZAN terakhir yg ditebalkan diatas,xke sama tu?
huh..kata hikam menyebut,hikmah adalah barang hilang umat Islam yg perlu kita kutip dimana sahaja kita berada hatta dari seorang yahudi. Kerana hikmah atau ilmu adalah dari Allah, dan sememangnya perlu berada di dada kaum muslimin,sebab apabila berada didada kaum musyrikin kita khuatir pasti akan diseleweng dan diubah hingga menghilangkan hikmat yg ada pada ilmu-ilmu tersebut. Lihat sahaja,filem TARZAN tu,agak2 apa ibrah yg berguna untuk kita, berbanding dengan kisah Hayyu bin Yaqzan ni, lagi banyak ibrah yg boleh diambil kan2..


okayh,ape pon selamat menghayati sejarah,we need to bring back our history, orang2 musyrik dah banyak serang minda umat Islam dengan sejarah merapu mereka. Kita orang Islam ada sejarah yg lebih membanggakan, jadi xyah susah2 bangga dengan sejarah depa. Generasi hari ini dan mendatang perlu tahu sejarah mengikut pandang sisi yg sebenar agar menjadi energi luar biasa buat jiwa2 diluar sana.

-TAMAT-


p/s: entri kali ni,mcm panjang kan...kata org arab,nahnu namurru ma'za zaman..sesuai lah di usia2 ini..kan2..^_^


Wassalam

No comments:

Post a Comment