free palestine

FREE PALESTINE

Monday, October 31, 2011

Bicara Jemari 4

Assalamualaikum.
..Aku anak minang~~mix jawa sbnrnye.

Teks Sastera lama dari muzik sirompak Minangkabau;

1. Kok basayok tabang ka gunuang,
    Tiok tanjuang alah den jajak,
    Adiak tabayang dalam jantuang,
    Aia mato kakariang tidak.
   
   (Jika bersayap terbang ke gunung,
   Tiap tanjung sudah saya jejaki,
   Adik terbayang dalam jantung,
   Air mata tidak akan kering)

2.Ayam kurik rambaian taduang,
   Ikuo manjelo masuak padi,
   Jo tamparuang barilah makan,
   Dalam daerah tujuah kampuang,
   Tuan surang nan cinto hati,
   Nan lain buliah den haramkan.
  
   (Ayam kurik rambaian tudung,
   Ekor menjela masuk padi,
   Dengan tempurung berilah makan,
   Dalam daerah tujuh kampung,
   Tuan seorang yang dicinta hati,
   Yang lain boleh saya haramkan.)




3.Manangih sapanjang jalan,
   Mamakik sampai ka gunuang,
   Nan bak mambilang kayu mati,
   Tuan kanduang japuiklah badan,
   Sakik nan tido tatangguangkan,
   Raso kaputuih jantuang hati.


   (Menangis sepanjang jalan
    Memekik sampai ke gunung,
    Seperti membilang kayu mati,
    Tuan kandung jemputlah badan,
    Sakit yang tidak tertanggungkan,
    Rasa keputus jantung hati.)
 
Hanya utk dikongsi~Sastera lambang jiwa.Wassalam.

Library,IIUM. :)
 
 
 

Tuesday, October 11, 2011

Bicara jemari 3

Tak mampu merubah itu,
Tanpa izin yg maha satu,
Tanpa kuasa yg maha tahu.

Niat merubah itu,
Diiring akal dan jiwamu,
Kerana itu yg membantu,
Sepanjang jalan berliku.

Tiada kita sedar,
Perancang yang punya makar,
Penuh dengan onak belukar,
Yang tinggal hanya gusar.

Walhal niat yg sinar
Belum akhir jd sirna
Atas tangan yg kucar
Leka dengan nama

Manusia hanya hina
Disisi tuhannya
Yang hanya akan mulia
Jika dibimbing jiwa dan akalnya.

~bernafas dengan izin Tuhan~ RMC,IIUM.-cinta noriko-

Tuesday, September 27, 2011

Bicara jemari 2

Dengan nama Tuhanku Allah.yang memiliki atma pengasih & penyayang.

Kasih yang satu.
Cetusan lubuk nurani kalbu.
Takkan jemu mencipta padu.
Bila meredum atma perindu.

Lakaran kisah itu.
Biarkan titah tuhan dulu.
Pada jalan yang tahu.
Menilai luka dahulu.

Bukan lebihan pinta
Hanya yang mahu setia
Kerana nantikan syurga
Abadi bersama kekal sehingga.

Ceritera yg luhur
Dengan tulus dihulur
Walhal lidah kelu mengata
Hanya naluri bijak mengota

Jangan hirau luka dari manusia
Duka yang tiada hujung hentinya
Hati yang merana terlarang
Oleh lidah tak terundang

Cinta datang dari Tuhan.
Yang penuh dengan kasihan..

^_^..-cinta noriko-