free palestine

FREE PALESTINE

Wednesday, October 28, 2009

jambatan 1Malaysia..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..

apabila tiba pimpinan baru,pelbagai slogan dan kempen yg mula dinamakan dan dicanangkan..
kini gelombang 1Malaysia,melanda negara sehingga perkheman turut dinamakan "Perkhemahan 1Malaysia"..macam2 perangai pimpinan ini,yg pasti dek kerana rakus merealisasikan hasrat atas nama 1Malaysia itu,kanak2 sekolah rendah menjadi mangsa "jambatan segera 1Malaysia "dibawa arus deras Sg.Kampar,Perak..alasan biasa yg akan diberi sudah ajal ketentuan ilahi..namun,tiada siapa mahu mencipta kemalangan bukan..
katakan..umpamakan..jambatan segera ini mcm kerajaan yg dibina tanpa asas yg kukuh,bertapak di tepian sungai deras,menantikan goyahan yg bakal meruntuhkannya bila2 masa sahaja..dan apabila runtuh,mulalah masing2 mencari punca dan resolusi bagi membaiki keadaan,menyaman pihak itu dan ini,kenapa tidak dipastikan aspek keselamatan,struktur tanah,risiko kemalangan sebelum dibina??
secara logikalnya,pembinaan sebatang jambatan gantung pasti akan dilengkapi ciri2 keselamatan ,besi cerucuk yg mapan,jaring keselamatan,mendapat kelulusan pihak JKR tempatan dan sebagainya,namun akibat kecuaian kontraktor upahan 3nyawa terkorban dibawa arus sungai..
seperkara yg ingin disentuh,apakah relevannya kem ini diadakan adakah masih dengan isu yg sama,meniup semangat nasionalisme yg xsudah2..jika kewujudan kem2 seperti ini demi membina jati diri ummah yg cintakan agama,memili kekuatan fizikal,daya juang yg tinggi atas tiket memperjuangkan agama boleh jadi ianya satu pelaburan yg cukup matang,namun masakan pihak kerajaan berupaya melaksanakanya..
mungkin juga kem2 ini tidak menitik beratkan 3elemen yg disebut dlm hadis Nabi,ajarilah anakmu,menunggang kuda,memanah dan berenang..ya,berenang!! boleh jadi mereka pasti terselamat..wallahualam


p/s: Bajet 2010 mempertaruhkan pelaburan yg besar kpd institusi pendidikan terutama belia(pengundi besar dlm PR)..kita nantikannya..adakah ruang buat kita??


-kuMencariYgHakiki-29okt209

Sunday, October 25, 2009

..aplikasi cinta..


it's start with..Bismillahhirrahmaniirahim..


"Cinta itu kalau bahasanya hati..itulah cinta hakiki"


ungkapkan apa shj tentang cinta..semua yg indah2 belaka kan..

era ini,muda-mudi mula mengorak langkah awal untuk berusaha menyusun langkah proses pembinaan 'masjid' mereka,kalau bersendi syarak beriya orang tua,teruskan sahaja langkahnya apa ditunggu lagi..pedulikan sahaja kata2 mereka diluar sana..jiwa mereka kurang mengerti bahasa empunya diri..huhu

tahniah buat pasangan2 perintis baru bait muslim:

1.Fathiah bt Mutalib & Amirul (kedua2nya KAGAT) : 17OKTOBER2009
2.kak Siti Sairuh bt Abdullah & Wan Suhailan
3.kak Fatin bt Khairollah & Hairullah Hassim (pasangan warga Azhar):24okt2009
4.kak Amirah & Ridhwan (pasangan warga Azhar):25okt2009

pasangan2 ini sebagai lambang junjungnya mereka pd syariat islam,teguhnya dirian mereka dalam satuan lafaz nikah..barakkalllah fi kum..

apa pun, luahan rasa hati betapa pentingnya aplikasi cinta manusia ini harus melalui jalan syarak yg tidak dibejati unsur tidak bermoral malahan tetap dengan cita2 membina institusi bait muslim..
disini ingin berkongsi kepada kaum hawa yg bakal atau telah melalui ranjau bahtera rumahtangga..
dipetik melaui buku (La Tahzan:Khas utk muslimah bijak bestari)

1.Membantu suaminya untuk taat pada Allah swt.
Pada suatu malam,isteri kepada Habib Al-A'jami berkata kepada suaminya-Amrah terbangun sedangkan suaminya tidur dengan nyenyaknya..
"bangunlah wahai suamiku,malam telah pergi dan pagi akan menjelang,di depanmu terdapat jalan yang panjang dengan bekal yg sedikit,kasihilah orang-orang yg soleh yg telah mendahului kita,sedangkan kita masih tidak mempunyai amalan yg banyak.."

sangat indah untuk diteladani bukan...will be continue..panjang adalah bosan..

p/s: skrip pinjaman..
suami: isteri org ada intan berlian
isteri: isteri abang ada abang...

pergh..cube minta ibubapa anda ungkapkan..boleh ke?? try me..huhu..wslm

-kumencariyghakiki-25okt2009-



Monday, October 19, 2009

kerana kucing..


it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..


berita metro hari ini.."kereta meletup elak kucing melintas",3 rakan rentung..


usai memliki lesen 'L' sedang mempelajari teknik dan langkah terhemat memandu..

berita ini cukup mendebarkan buat sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak dengan dunia stereng,clutch,brek,pedal pemecut dan saudara-maranya..

barangkali jarang sekali kedapatan pemandu seperti ini yang sanggup mengelak hanya seekor kucing di jalanan,malah x mustahil kebanyakan kucing menamatkan riwayatnya di atas jalanan kerana sikap pemandu yang melupai segala etika-etika pemanduan ketika mengikuti kursus KPP mereka dahulu kala..teringat kata-kata salah seorang pak cik ketika kelas mengenali enjin 2minggu lepas.."sebaiknya tidak mengelak ketika menghadapi sebarang risiko kemalangan,kerana kemungkinan bahaya lebih tinggi"..erm,nanti minta abah jelaskan semula.

Saban tahun kemalangan di jalan raya malaysia kian meningkat,walaupun kualiti jalan raya di malaysia antara yg tercanggih,namun kita turut antara yg menjuarai kadar kemalangan tertinggi dunia..semua ini adalah akibat sikap pemanduan rakyat malaysia sendiri,sedarkah kita sikap mementingkan diri dan tidak bertolak ansur mengundang risiko utama kemalangan..

pelaburan kerajaan mencanangkan pelbagai slogan dan kempen jalanraya hanya diundang sepi oleh sebilangan rakyat,jika dibandingkan dengan cara memandu rakyat di kota Kaherah,nampak seperti lebih dahsyat,tidak berdisiplin dan macam jalan atok diorang..dek kerana jarang sekali melihat drift haram atau remp-it jalanan disana,membuatkan rasa keselesaan kerana keprihatinan pemandu terhadap pejalan kaki serta golongan yg kurang upaya yg turut menjadi pengguna setia jalanraya..mungkinkah peraturan atau disiplin terlampau jalanraya tidak mampu menghasilkan pemandu yg berkualiti dan berhemah(jgn gtau jpj tau)..mari fikirkan bersama..
p/s: sedang menanti karya baru ramlee awang murshid "9nyawa" katanya..kucing ada 9nyawa..
-kumencariyghakiki-19okt2009-

Saturday, October 10, 2009

..air mata org kampuang..

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim

Padang tempat orang minang kan..saya juga org minang suku Mandailiang dari Bukit Tinggi tidak jauh daripada Pariaman,Padang,Sumatera Barat...kejadian alam yg berlaku 30september lalu cukup menyayat hati kami seisi keluarga..walaupun kampuang kami tidak terlibat secara sadis,namun melihat ujian pemergian permata hati,kemendapan tanah pusaka,keranapan bumbung berlindung cukup menyatakan bahawa org minang ini lah hamba Allah yg layak menerima ujian seperti ini..bygkan kalo Padang permainan belakang rumah kita? atau Padang tempat letak kereta ayah kita? atau Padang sekolah tempat adik2 kita sedang bersukan? atau kedai makan selera Padang Takana Juo tempat sedang kita menikmati lauk tgh hari? agak2 apa yg sempat kita lakukan dlm hanya masa seminit(tempoh kejadian berlaku)..dan tetibe tenggelam 20meter dlm tanah..i've no words..



Lantas org2 minang ini benar2 dalam golongan yg disebut dlm Firman-Nya,Al-Baqarah:155
"dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah2an.Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 yg sabar"..


maka..syukurilah nikmat sementara kurniaan Allah pada kita..


"sadang kayu di rimbo tak samo tinggi,kok kunun manusia"


-kumencariyghakiki-12okt2009-



Friday, October 2, 2009

..HIDAYAH..hadiah? @ kompas?

it's start with..Bismillahirrahmanirrahim..


mengumpamakan hidayah seperti hadiah sangat indah kan..sume manusia pasti gembira apabila terima ape2 hadiah walau dpd yg xdikenali..
namun hadiah dpd Allah lagilah tersangat istimewa..kata orang "hidayah umpama kompas kehidupan"..camner pulak ye...
jika diteliti konsep menganugerahi atau menghadiahi pasti disebabkan oleh sesuatu sebab yang rasional samada atas nama usaha,kasihsayang,penghargaan dan seumpamanya..maka keseinambungan antara dua konsep ni=hidayah yg merupakan hadiah Allah,selaku kompas(petunjuk) dalam hidup..very simple!!
tapi milik sape hidayah ni???

mari teliti Firman Allah,Surah al-ankabut(69:29);
"dan mereka yang bersungguh-sungguh mendapatkan kami (Allah) nescaya kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami"...muga peroleh nusrah-Nya...amin..

NO PAIN NO GAIN!!
setelah berusaha kemanisan dirasa..janji Allah pada insan yg sudi untuk bermujahadah dalam memperoleh hidayah nye..macam anugerah DEKAN...mane2 siswazah yg sungguh2 utk capai pointer yg melepasi tahap tertentu,normally 3.5 keatas boleh dpt DEKAN kan..jadi,logik tak?? sape2 yg sanggup bermujahadah(sungguh2) utk dapat hidayah Allah pasti akan dapat..Allah xkan sia2 kan usaha hambanya..

pabila disentuh soal hidayah mesti akan terbayang soal2 agama sahaja..nanti dulu..check it out:


1.Hidayah Tabii
hidayah semulajadi,macam tangisan,proses pernafasan,dll..macam ilham semulajadi berdasarkan situasi..
sunnatullah kurniaan Allah kepada sume makhluk,bukan istimewa sekadar 'basic instinct'


2.Hidayah Hawasi
hidayah pancaindera..mata untuk melihat,hidung untuk menghidu,telinga untuk mendengar,lidah untuk merasa,tangan untuk merasa..ade tambahan?? mungkin..the sixth sense..sumenye kurniaan Allah jua kan..


3.Hidayah Akal
hanya milik manusia..tidak pada haiwan atau tumbuhan..akal untuk menganalisa,mengasah daya kreativiti,inovasi dan potensi diri bahkan untuk alam sejagat..100billion sel nueron (sel saraf) yang beroperasi dalam akal berupaya mengatasi kecanggihan komputer..yg pasti ianya jua ciptaan Allah..


4.Hidayah Agama(Islam)
bagi none-muslim jua atas pilihan Allah buat yg mencari kebenaran islam..4billion manusia didunia hanya 1 daripada 3 orang yg beragama islam..sangat bersyukur pada yg dilahirkan islam..milik Allah jualah hidayah ini..


5.Hidayah Taufik
bukan sume muslim peroleh hidayah..malah ada yg dengan bangganye tidak pernah memohon hidayahNya..mungkin terlupa kot..ini peringkat hidayah tertinggi,bakal peroleh apabila benar2 tindakan kita diredhaiNya..masakan kompas yg baru diperoleh boleh digunakan tanpa tahu cara menggunakannya..jadi kenalah terima kasih awal2 pada pemberinya dulu..baru berkat..


oleh yang berikut hidayah adalah hadiah yg mana kegunaannya sebagai kompas menyelusuri kembara mujahadah dunia ini...


"PAY NOW,PLAY LATER"..


wassalam..-kumencariyghakiki-2okt2009-